CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini cecah RM2.5 bilion

[Copy link]
Post time 18-6-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini cecah RM2.5 bilion


Peniaga menyediakan air minuman di Bazar Ramadan Kuala Besut, Terengganu. - FOTO NSTP/Nurul Fatihah Sulaini


Putrajaya: Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion yang direkodkan tahun lepas, demikian menurut Statistik Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) baru-baru ini.

DOSM dalam kenyataan berkata, dari segi prestasi mengikut negeri, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menyumbang 50 peratus kepada nilai jualan keseluruhan pada tahun ini.

Selangor mencatatkan nilai jualan bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri tertinggi iaitu sebanyak RM564.2 juta, diikuti Johor dengan RM411 juta dan Kuala Lumpur merekodkan RM284.2 juta.

Di peringkat daerah pentadbiran, Johor Bahru mencatatkan nilai jualan tertinggi iaitu RM207.6 juta, diikuti Petaling sebanyak RM204.5 juta dan Klang dengan RM87.4 juta, menurut DOSM.

Bagi prestasi bazar Ramadan, DOSM memberitahu Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi iaitu sebanyak RM451.4 juta, Johor (RM313.5 juta) dan Kuala Lumpur (RM264.3 juta), manakala peringkat daerah pentadbiran, Petaling merekodkan nilai jualan tertinggi sebanyak RM186.0 juta, Johor Bahru (RM148.3 juta) dan Ulu Langat (RM64.3 juta).

Bagi prestasi bazar Aidilfitri, DOSM menjelaskan Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi iaitu RM112.7 juta, Johor dengan RM97.5 juta dan Melaka sebanyak RM47.4 juta manakala Johor Bahru menjadi daerah pentadbiran yang mencatat nilai jualan tertinggi iaitu RM59.3 juta, diikuti Klang (RM53.6 juta) dan Melaka Tengah (RM43.5 juta).

Dari segi jumlah pekerja, DOSM memaklumkan jumlahnya meningkat 30.3 peratus iaitu sebanyak 203,667 orang tahun ini berbanding 156,361 orang yang direkodkan pada tahun lepas.

Selangor mencatatkan jumlah pekerja tertinggi iaitu seramai 6,105 orang, diikuti Johor (5,258 orang) dan Kedah (2,850 orang).

Menurut DOSM, penemuan laporan berkenaan adalah berdasarkan survei yang dijalankan bermula 23 Mac hingga 22 April lepas, meliputi semua bazar yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... i-cecah-rm25-bilion

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.275290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list