CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Perlu pastikan industri sawit terus diterima pasaran

[Copy link]
Post time 18-6-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Perlu pastikan industri sawit terus diterima pasaran


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. - FOTO NSTP


Kuala Lumpur: Semua pihak perlu berperanan memastikan industri sawit negara yang menjadi punca pendapatan kepada lebih sejuta rakyat di negara ini terus diterima pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata mereka yang terlibat dalam industri sawit perlu mendalami dan melaksanakan prinsip-prinsip ditetapkan dalam skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai usaha memastikan minyak sawit dan produk berteraskan komoditi itu terus diterima pasaran.

"Apabila industri ini telah 100 peratus mendalami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam MSPO, segala sekatan dan kempen negatif segelintir pihak tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan tertentu dapat kita tangani.

"Usaha bagi menangkis dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab ini perlu dibuktikan dan saya percaya, salah satu caranya adalah melalui pensijilan," katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Beliau berkata perkembangan pesat industri sawit negara tidak dicapai dengan mudah, sebaliknya perlu berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dan halangan dalam memastikan minyak sawit diterima di seluruh dunia, termasuk kempen negatif pihak tertentu yang mengatakan minyak sawit tidak baik untuk kesihatan.

Katanya walaupun kempen negatif dan tohmahan itu terjawab melalui kajian sains yang jelas bahawa minyak sawit dengan khasiat yang tinggi sesuai digunakan dalam pelbagai masakan dan produk, industri itu terus berhadapan dengan cabaran semasa seperti tindakan Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan peraturan baharu berhubung produk bebas penebangan hutan terhadap import komoditi terpilih termasuk sawit.

Dalam hal itu, Fadillah berkata Malaysia membuat persediaan awal dalam memastikan pengeluaran minyak sawit adalah berdasarkan prinsip ditetapkan melalui skim pensijilan MSPO yang diwajibkan kepada semua pemain industri sejak 2020.

Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2013, pensijilan MSPO yang merangkumi tiga prinsip utama iaitu keseimbangan antara keperluan manusia, kelestarian alam sekitar dan penjanaan keuntungan menyaksikan sejumlah 661,844.12 hektar keluasan bertanam sawit atau 81.10 peratus bagi kategori pekebun kecil persendirian menerima pensijilan MSPO di seluruh negara setakat 31 Mei lepas.

Bagi kategori pekebun kecil tersusun di bawah rancangan Felda, Felcra, Risda, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak dan Lembaga Kemajuan Negeri Sabah, Fadillah berkata sejumlah 665,535.51 atau 99.65 peratus hektar keluasan bertanam sawit menerima pensijilan MSPO.

"Selain menjayakan pensijilan MSPO, kerajaan juga akan terus komited dalam memastikan produk-produk sawit dapat dipasarkan ke seluruh dunia melalui rundingan dan libat urus bagi membetulkan persepsi negatif terhadap minyak sawit," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... us-diterima-pasaran

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.112916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list