View: 1115|Reply: 5
|
'Influencer' Mati Sebab Senaman Ekstrem
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang pempengaruh yang memiliki berat badan 156 kilogram (kg) maut pada hari kedua dia menyertai latihan senaman penurunan berat badan di sebuah pusat latihan kecergasan di wilayah Shanxi di utara China.
Sebelum kejadian, Cuihua, 21, yang berasal dari wilayah Henan di tengah China itu berkongsi dengan pengikutnya di media sosial mengenai usahanya untuk menurunkan berat badan sehingga 100 kg.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan punca kematian dan butiran lain mengenai bagaimana dia meninggal dunia masih belum didedahkan.
Kematian wanita dikenali sebagai Cuihua, itu menimbulkan kebimbangan mengenai trend senaman dan diet ekstrem di republik berkenaan selain mencetuskan gempar dalam kalangan pengguna media sosial di tanah besar.
Cuihua menyertai pusat latihan kecergasan di wilayah utara Shanxi yang menawarkan keahlian percuma jika dia berkongsi video senaman di akaun Douyin, untuk mempromosikan pusat itu.
Sehari selepas dia memulakan kem latihan baharu pada 25 Mei, Cuihua menyiarkan di laman sembang WeChat dia berasa tidak sihat.
Dalam video yang disertakan bersama siaran itu, Cuihua dilihat mengangkat beban dengan ekspresi kesakitan pada wajahnya, kemudian berlari dengan beban di bahu sambil mata tertutup rapat sebelum berhenti, sambil tercungap-cungap.
Menurut laporan media tempatan, selepas latihan pada waktu siang yang ekstrem, pusat latihan menuntut dia membuat strim langsung dan membuat video mempromosikan perniagaan mereka setiap malam.
Namun pada pagi 27 Mei, seorang kakitangan di kem itu menelefon bapa Cuihua yang bernama Zhou memaklumkan anak perempuannya sudah meninggal dunia.
Zhou dilaporkan sudah bersetuju untuk menerima pampasan daripada pusat latihan itu.
Terdahulu, Cuihua pernah menyertai pusat latihan kecergasan di wilayah Guangdong, selatan China, dan pada mulanya kehilangan 16kg selama sebulan sebelum menyertai senaman penurunan berat badan di tempat baharu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow punye trainer..  |
|
|
|
|
|
|
|
Orang obese x bole bersenam. Diet dulu by counting calories |
|
|
|
|
|
|
|
Kenalah Check jantung.ecg.. BP..ok tak..seblm mula buat apa2 senam ekstrem atau joging/marathon.
Utk peringatan semua. |
|
|
|
|
|
|
|
giler, hrp pusat kecergasan tu bg lah pampasan something kat family mendiang. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 18-6-2023 10:53 AM
Orang obese x bole bersenam. Diet dulu by counting calories
Rancangan tiwi extreme makeover boleh je.
Ni suma sebab beksin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|