View: 798|Reply: 5
|
Wanita Hamil 6 Bulan Ditahan Hina Agong Anugerah Pingat Kepada Lim Kit Siang
[Copy link]
|
|
Georgetown: Wanita hamil enam bulan ditahan polis bagi membantu siasatan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat kepada ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada 13 Jun lalu.
Katanya, tangkapan susulan laporan polis yang diterima daripada orang awam berhubung beberapa kandungan di media sosial yang boleh menjejaskan ketenteraman awam pada 7 Jun lalu.
"Wanita berkenaan ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Hantaran di media sosial itu juga mengaitkan figura terbabit sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kok Chin berkata, beberapa bahan bukti iaitu komputer riba, telefon bimbit dan kad sim milik suspek dirampas bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama kerana sedang hamil enam bulan.
Siasatan dijalankan oleh USJT Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
harap Agong bagi anugerah pada tokoh pejuang kemerdekaan negara.
Tun Ong Boon Hua @ Chin Peng
  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 18-6-2023 01:06 PM
Rindu pula zaman Najib
Btw apw yg pompuan tu tulis? Dia marah LKS atau dia marah Agong? |
|
|
|
|
|
|
|
Malu kat anak dalam kandungan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap2 apa bnd ayat hinaan tu? X dinyatakan plk.
Biarlah manusia yg Hina kita di Dunia ni, jgn Allah yg Hina kita di akhirat esk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|