CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hadi dan Norhazim bapa 'superhero'

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Dua sahabat, Hadi Rahim dan Norhazim Izzat Md Azman tidak hanya berkongsi minat sama iaitu berlari serta berbasikal namun kedua-duanya turut dikurniakan 'anak syurga' hasil perkahwinan dengan pasangan mereka.

Meskipun begitu, Hadi, 33, dan NorhazimIzzat, 36, tidak pernah malu memiliki anak istimewa sebaliknya gemar membawa cahaya mata mereka itu beriadah bersama terutama pada hujung minggu.

Bagi Hadi, anak sulungnya, Hanaa Sofea, enam tahun, yang menghidap penyakit jarang jumpa, Prader-Willi Syndrome (PWS) (satu gangguan genetik akibat ketiadaan bagan genetik aktif pada kromosom 15 salinan paternal) berhak merasai nikmat kebebasan seperti insan normal.

Berikutan itu, Hadi tidak meninggalkan Hanaa Sofea sebaliknya mengajaknya bersama dalam acara larian dan berbasikal sejak anaknya itu berumur dua tahun.

"Ikutkan, sebelum kahwin lagi saya aktif bersukan cuma selepas kelahiran Sofea (nama panggilan) dunia berasa gelap, ibarat tiada makna.

"Ia kerana ketika itu, saya dan isteri (Ainaa Rosli, 32) sedih dan seolah-olah menafikan keadaan anak kami.

"Mengenangkan Sofea perlukan perhatian dan kasih sayang, kami cuba bangkit dan beranikan diri membawa Sofea beriadah," katanya ketika ditemui Harian Metro di Dataran Putrajaya, di sini.

Pada awalnya, Hadi yang bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat sekadar membawa Sofea beriadah di sekitar taman perumahan saja sebelum menyertai acara berbasikal dan larian 'fun run'.

Katanya, tindakannya membawa hasil positif apabila Hanaa Sofea lebih gembira menunjukkan perubahan positif.



Abdul Hadi bersama anak perempuan, Hanaa Sofea menyertai acara sukan POWERMAN Malaysia Duathlon 2023 bagi kategori POWERKIDS Age 9-11 di Putrajaya. FOTO AIZUDDIN SAAD

Berkongsi ringkas mengenai Hanaa Sofea, Hadi berkata, anaknya itu turut meragam pada waktu tertentu namun disifatkan penyayang, ceria dan aktif terutama apabila diajak beriadah.

"Saya harap semua sahabat di luar sana yang senasib (memiliki anak istimewa) lebih terbuka untuk terbabit dalam aktiviti sebegini bersama anak masing-masing," katanya.

Sementara itu, Norhazim Izzat menyifatkan dua anaknya Muhammad Adam Huzair, empat tahun dan Nur Alisya Humaira, tujuh tahun, yang dikategorikan autisme ringan sebagai anugerah terindah daripada Allah SWT.

Norhazim Izzat tidak janggal atau malu bawa dua anaknya itu beriadah kerana ia sudah menjadi rutin dan terapi buat mereka sekeluarga pada hujung minggu.

"Anak saya sebelum ini meragam dan nampak ketara waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak dapat keluar rumah.

"Apabila sering bawa mereka beriadah, saya nampak ada perubahan baik apabila mereka mudah tidur dan kurang meragam seperti sebelumnya.

"Memang akan ada yang pandang semacam apabila bawa anak keluar. Namun saya tidak ambil pusing kerana mereka (anak) juga berhak diberi peluang merasai hidup gembira seperti orang lain," katanya yang mengalukan penyertaan ibu bapa anak istimewa lain dalam aktiviti riadah dan sukan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... azim-bapa-superhero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054608 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list