CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Pulau Pinang] APMM pindah mayat kru kapal tangki yang maut akibat cedera di kepala

[Copy link]
Post time 18-6-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
APMM pindah mayat kru kapal tangki yang maut akibat cedera di kepala


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melaksanakan ‘pemindahan perubatan’ (MEDEVAC) mayat lelaki kru kapal tangki MV Hakusan pada kedudukan 12.7 batu nautika barat laut Muka Head, Teluk Bahang, di sini. FOTO IHSAN APMM




Georgetown: Kru kapal tangki MV Hakusan dilapor meninggal dunia di atas kapal berkenaan ketika berada di perairan negeri, di sini, semalam.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Shubham, 28, yang juga warga India mengalami kecederaan serius di kepala sebelum meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam.

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melaksanakan 'pemindahan perubatan' (MEDEVAC) mayat lelaki itu pada kedudukan 12.7 batu nautika barat laut Muka Head, Teluk Bahang.

Pengarah Maritim negeri Abd Razak Mohamed berkata, kapal tangki yang didaftarkan di Jepun itu dimaklumkan berlepas dari Fujairah United Arab Emirates menuju ke Kawasaki, Jepun.

Menurut laporan awal yang diterima daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi pada jam 8 malam, MV Hakusan memohon bantuan MEDEVAC kerana seorang kru lelaki mengalami kecederaan serius di kepala.

"Aset Maritim diatur gerak ke lokasi bagi pemindahan mangsa ke darat sejurus menerima laporan.

"Shubham dipercayai meninggal dunia di atas kapal ketika berada dalam perairan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini.

Abd Razak berkata, mayat mangsa didaratkan di Jeti Teluk Bahang, pada 2.40 pagi, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Jun 18, 2023 @ 8:21am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065046 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list