CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM serah 4 unit rumah Kasih Ihsan secara percuma

[Copy link]
Post time 17-6-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode
PM serah 4 unit rumah Kasih Ihsan secara percuma


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ANWAR bersama penerima Rumah Kasih Ihsan di Kampong Tok Bedu. FOTO Danial Saad




Tasek Gelugor: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Kasih Ihsan secara percuma dalam menyediakan kediaman selesa kepada golongan rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Sebagai projek rintis empat rumah Kasih Ihsan dibina di Kampung Tok Bedu, di sini serta Padang Menora, Penaga dan Machang Bubuk, dekat sini.

Empat rumah itu dibina di atas tanah berstatus Lesen Kependudukan Sementara (TOL) dan tanah milik keluarga yang diberikan kebenaran untuk membina kediaman atas tanah terbabit.

Penerima rumah berkenaan, Siti Nooraie Hassan, 37, berkata, dia bersyukur memperoleh kediaman lebih selesa untuk tinggal bersama suami dan anaknya.

"Saya sudah memohon untuk mendapatkan rumah ini sejak tiga tahun lalu. Ini bagaikan hadiah untuk kami sekeluarga menyambut Aidiladha.

"Suami saya terlantar sakit akibat kemalangan awal tahun lalu dan dengan rumah baharu ini menjadikan dia boleh tinggal dengan lebih selesa," katanya pada Majlis Penyerahan Kunci rumah berkenaan, di Kampung Tok Bedu, di sini, hari ini.

Bagi Md Nasir Md Sharif, 42, dia pada mulanya memohon bantuan membaiki kerosakan rumah pusaka didiaminya namun tidak menyangka diberikan sebuah kediaman secara percuma.

"Terima kasih sangat kepada kerajaan yang prihatin terhadap rakyat berpendapatan rendah seperti saya," kata bapa kepada tiga anak berusia 5 hingga 13 tahun itu.

Rumah Kasih Ihsan berkeluasan 660 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur serta bilik air membabitkan kos pembinaan sebanyak RM75,000 seunit.



Disiarkan pada: Jun 17, 2023 @ 6:07pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058071 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list