CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 6

Lelaki Maut Bot Bertembung

[Copy link]
Post time 17-6-2023 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Jertih: Seorang kru bot nelayan meninggal dunia sementara dua penumpang parah apabila bot nelayan yang mereka naiki bertembung dengan bot pelancong di perairan Pulau Perhentian, kira-kira 8.30 pagi tadi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, mangsa yang maut, Rahmat Mat Ariffin, 43.


Katanya, kejadian berlaku ketika bot pelancong membawa dua kru bot dan 10 penumpang dari Long Beach ke Jeti Perhentian Island Resort Pulau Besar.


Mangsa cedera dibawa ke Hospital Besut melalui Jeti Kuala Besut. FOTO Ihsan Polis




"Bot berkenaan dipercayai melanggar bot nelayan yang membawa tiga kru dan 10 penumpang dari aktiviti sewaan mencandat sotong ke Jeti Kampung Nelayan Pulau Perhentian lebih kurang 8.15 pagi.


"Akibat perlanggaran itu menyebabkan bot nelayan bocor dan tenggelam. Dalam kejadian itu, seorang kru bot nelayan meninggal dunia, dua penumpang parah, seorang cedera ringan serta sembilan lagi selamat," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.


Azrol berkata, semua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian oleh bot berdekatan untuk rawatan lanjut.


"Mangsa meninggal dunia serta mangsa cedera dibawa ke hospital Besut untuk tindakan lanjut. Kes ini dirujuk kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
perkara yg kita paling takut kalau naik speed boat… Dorang tkde radar nak kesan ada laluan bot lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi xkan bot masing2 x nmpk bot dtg dah rapat dgn kita..slalu jugak naik bot biasanya botman mmg nmpk je bot berhampiran..ke diorg main kejar or acah2 dgn bot sebelah pastu lost control terlanggar?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lolen replied at 17-6-2023 07:21 PM
Tapi xkan bot masing2 x nmpk bot dtg dah rapat dgn kita..slalu jugak naik bot biasanya botman mmg nm ...

Terpikir ayat yang last tu jugak. Ntah2 dorg main kejar2. Dulu2 kalau pi island hopping, kdg2 dorg ni suka berlawan2 bawak boat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Speed boat ni sangat2 laju. Bergegar2. Entah2 tak sempat mengelak sebab laju sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 09:49 AM | Show all posts
al fatihah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2023 10:16 AM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-3-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.045037 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list