View: 1458|Reply: 7
|
"Tiada Harta Atau Kereta Mewah, Cuma Ada Hati Yang Ikhlas,"-Hasnol Nak Rujuk Dengan Bekas Isteri, Kalau Ada Perempuan Lain Pun Tak Tolak
[Copy link]
|
|
Selepas lapan bulan bercerai, Hasnol memberitahu hatinya kembali terbuka kembali ke pangkuan bekas isteri, Marina Mohin.
Kata Hasnol mereka juga pernah berbincang mengenai hal tersebut namun menyerahkan urusan jodoh kepada takdir dan ketentuan Allah.
Foto: mStar
"Kami berjumpa dan berbincang perkara itu (kembali bersama) pada Ramadan lalu tapi biarlah masa dan takdir menentukan segalanya. Sekuat mana kita mencuba sekalipun, soal jodoh itu di tangan Allah.
"Banyak perkara perlu difikirkan terutamanya pandangan keluarga dan orang sekeliling. Saya sudah meninggalkan dia jadi bukan mudah untuk kami kembali bersama," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Hasnol memberitahu meskipun mereka sudah tiada ikatan suami isteri namun masih mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat dan sebagai bapa dia tetap menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak mereka.
Kata Hasnol, buat masa ini fokusnya adalah untuk membina kembali keyakinan diri termasuk mengukuhkan pendapatan selepas kembali bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat jual beli kereta import sejak November tahun lalu.
Foto: mStar
"Sekarang ini kami lebih selesa berkawan baik. Dia (bekas isteri) juga banyak membantu saya ketika waktu sukar.
"Kami berpisah secara baik walaupun hati itu tidak mahu (bercerai).
"Saya lepaskan dia dengan alasan tertentu dan disebabkan itu saya tak mahu digelar dayus jika tidak menjalankan tanggungjawab selepas berpisah.
"Cuma buat sekarang biarlah saya bangkit dari sudut ekonomi dan mental. Saya kena gagahkan diri sendiri dahulu," ujarnya.
Foto: mStar
Sementara itu, penyanyi lagu Gadis Sarawak ini juga tidak menolak sekiranya bertemu wanita lain yang sudi menerimanya untuk dijadikan pasangan hidup.
"Saya masih single dan available. Kalau ada yang boleh terima saya seadanya tak mustahil untuk kembali berumah tangga.
"Saya ini tiada harta atau kereta mewah yang ada cuma hati yang ikhlas," jelasnya.
Pada 6 Oktober tahun lalu, Hasnol melafazkan talak satu terhadap Marina di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 12 tahun.
Sementara itu Hasnol juga memiliki tiga orang cahaya mata lain menerusi perkahwinan pertama dengan Akhmarzuraikha Salleh. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Belum berkenalan dah letak disclaimer xde harta bagai..nafkah laki wajib kena bagi. Xmampu, g puasa sana |
|
|
|
|
|
|
|
theyols bercerai dulu sebab apa?
iols ok je kalau theyols nak rujuk tapi kalau dulu pun bercerai sebab kewangan hmmm tak payah lah nokkkk....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dulu dia berlagak kata ex wife dia kawen dgn dia sbb dia artis.. eh poyonya kau.. Moga ex wife jgn rujuk balik.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah.... meols pernah kerja ngan dia half day kat set, rakam MV lagu something lah... daripada heols datang, sampai balik, heols sangat soft spoken, humble, bersiap sendiri, berbual-bual elok, masa tu heols baru je lepas sehari dua cerai...nampak sugul juga lah.. tapi ada juga heols cerita sangat struggle nak dapat job skrg, heols tak pandai meniaga apa semua, tapi ada juga buat macam2 kerja...so meols agak memang financial problem lah. Btw, heols so wangiiii ye... sampai ke petang wangi...(artis lelaki yang wangi seharian antaranya Tok Rosyam Nor, Tok Nash, Faizal Hussein, Izzue Islam) heols ni cakap soft spoken... depan2 ada charming jugaklah walaupun dah tua... siap mintak IG kitorg dia nak follow & tag.. tapi story heols jenis-jenis yang galau lah..jenis mutiara kata... kuasekk nak tengok..ahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
All the best la... dia ni pun kategori one hit wonder..
Takkan la dah 20-30 taun harapkan kat satu lagu tu aje kan.. boleh pulak carik makan..
Cite2 nak rujuk boleh pulak terpromosi diri sendiri ahahahah
Acik2 forem mana yang nak cuba nasib boleh la.. Prince kat atas tu cakap wangi..
Kat sini pun ramai acik2 yang single kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes duit .. no point la kawin, stay single sampai mampu. Anak pun dah ramai kan |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak gaya mcm kes duit or ekonomi je ni punca bercerai. Dia ni yg kantoi palsukan degree dulu kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|