View: 198|Reply: 1
|
MH17: Russia Sifatkan Dakwaan Ukraine Sebagai Rekaan
[Copy link]
|
|
The Hague: Peguam mewakili Russia menolak dakwaan Ukraine yang menuduh negara itu menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, MH17 dalam sesi perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu ini.
Russia menyifatkan tuduhan Ukraine itu sebagai ‘rekaan semata-mata’.
Terdahulu, Ukraine menuduh Russia membekalkan peralatan dan membiayai pasukan tentera pemisah pro-Russia, termasuk kumpulan militia yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 pada Julai 2014.
Malaysia menegaskan pelaku dalam tragedi pesawat MAS MH17 mesti diheret ke muka pengadilan. - Agensi
Tragedi itu menyaksikan kesemua 298 penumpang dan kru terkorban.
Pada November lalu, mahkamah Belanda mendapati Russia ‘mempunyai kawalan penuh’ terhadap pasukan pemisah dan membekalkan sistem peluru berpandu BUK yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.
Peguam Russia, Michael Swainston menolak hujah Ukraine.
“Apa yang dinyatakan Ukraine tidak berlaku. Tiada peluru berpandu BUK dari Russia.
“Ini semua rekaan semata-mata oleh Ukraine yang mahu melepaskan diri,” katanya.
Selain itu, Kyiv turut mendakwa Moscow mencabuli perjanjian antidiskriminasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cuba ‘memadam budaya etnik Tatar dan Ukraine di Crimea’.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Thred tak laku.. netizen lebih minat baca kopek barkoba dgn miz Nina kawin dgn mekap Jana nik..cerita kapeterobang tak minat termasuklaa akuu.. hahaha hanjingg |
|
|
|
|
|
|
| |
|