View: 3172|Reply: 23
|
TERGEMPAR!!! Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad
[Copy link]
|
|
Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad
![](https://media.ohbulan.com/2023/06/mizz-nina.jpg)
Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi berita gembira kepada umum apabila kembali bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Nikah majlis tertutup
![](https://media.ohbulan.com/2023/06/IMG_9623-630x515.jpg)
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan perkahwinan kali kedua dan menyifatkan sebagai takdir terindah daripada Allah SWT.
Kata Mizz Nina, 43, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua. Dan ini pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku kedua 2023, dengan suami tercinta Essam Muhammad dalam majlis tertutup bersama keluarga dan rakan rapat.
Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan. Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.
Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman memberitahu dia bakal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tidak lama lagi.
Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan.
Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di KL in shaa Allah.
Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan mendoakan yang terbaik untuk Deen, Dunya & Akhirah semua. BarakAllahu feekum!
Terdahulu, Vokalis Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sekitar April tahun lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat.
Sumber: Instagram
https://ohbulan.com/mizz-nina-um ... nama-essam-muhammad
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahh tahniah..till jannah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah wishing u happily ever after |
|
|
|
|
|
|
|
Mizz Nina, Essam sudah berkahwin
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0615rsnina_1686838888.jpg)
Mizz Nina dan Essam
Kuala Lumpur : Penyanyi Mizz Nina mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Menerusi Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan pernikahan kali kedua itu dan menganggap ia takdir terindah ditentukan oleh Allah SWT.
"Bismillahirahmanirahim..Alhamdulilah, segala puji bagi Allah sebaik-baik perancangan dan telah menentukan takdir terindah. Syukur dengan perkahwinan yang mendapat restu kedua orang tua.
"InsyaAllah, kami akan saling melengkapi satu sama lain dan meneruskan hidup kami untuk berdakwah. Kami berkongsi aspirasi dan matlamat serta teruja dalam menempuh fasa baru kehidupan bersama," katanya.
Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, tujuan ikatan ini terjalin berlandaskan iman kerana Allah SWT.
"Dunia ini hanya sementara, manakala hari akan datang belum pasti lagi. Kami sepakat perkahwinan ialah sebuah ikatan dalam membina persefahaman dan kasih sayang serta ketenangan.
"Paling penting, kami dapat bersama-sama menuju ke syurga," katanya.
Mizz Nina juga berharap ikatan yang dibina akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan dirinya dalam bersama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Penyanyi yang juga aktivis keagamaan turut berkongsi bakal mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan tertutup di ibukota dalam masa terdekat.
Terdahulu, Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum menfailkan penceraian pada 14 Jun 2022.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil anak angkat bernama Musa pada April 2022.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... sam-sudah-berkahwin
Disiarkan pada: Jun 15, 2023 @ 10:21pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow !!!
Tahniah, MZ & husband.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
org kaya kawen private,tetamu xsmpi la 200org..org miskin xbrp kaya br lepas u kawen smpi 1k jemputan![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah MN u deserve better than previous gittew |
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi Matlamat Dalam Usaha Berdakwah, Mizz Nina Kini Sah Berkahwin Dengan Rapper Dari Amerika, Essam Muhammad
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/06/Capture-47.jpg)
Umum mengetahui bahawa nikmat dan kelebihan kehidupan berkeluarga dari pasangan suami isteri yang memahami kewajipan berdakwah tentu saja memberi kesan yang berbeza dengan kehidupan keluarga muslim pada umumnya.
Pasangan suami isteri yang benar-benar mempunyai tujuan untuk berdakwah pastinya memahami dengan jelas dan benar tentang seruan Allah untuk melakukan aktiviti amar makruf nahi mungkar kerana sebagai hamba Allah, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, besar ganjarannya memikul kewajipan tersebut.
Bercakap soal itu, akhirnya media tempatan dikejutkan dengan perkhabaran baik daripada selebriti terkenal, Mizz Nina yang memaklumkan di Instagram bahawa dia kini telah selamat bernikah dan menjadi isteri kepada rapper dari Amerika iaitu, Essam Muhammad.
Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik nama sebenar Shazrina binti Azman memaklumkan yang majlis perkahwinan tersebut dibuat secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.
“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat” katanya.
Ujarnya, jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T ini telah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga memandangkan mereka mempunyai tujuan hidup yang sama.
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2023/06/mizz-nina.jpg)
Tambah selebriti itu lagi, resepsi untuk perkahwinan mereka juga akan diadakan di Kuala Lumpur dan masih lagi dibuat secara tertutup.
Mizz Nina turut berharap perkahwinan ini terus mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.
Nina mendedahkan berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya pada Khamis.
Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam yang berpakaian serba putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.
Tambahnya, dia cukup teruja dikurniakan lelaki yang berkongsi matlamat sama dalam usaha berdakwah.
Sumber:https://murai.my/2023/181847/kon ... ika-essam-muhammad/
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai dengan taraf internesenel sheols. Agak² laki sheols tahu tak sheols anak pemilik bank? |
|
|
|
|
|
|
|
Awwww i pulak yg happy sbb masa kes dia mmg ada doa utk dia dpt jodoh cpt2 & i doa sgt2 xterlewat lg utk dia dpt baby. Kesian sbb rugi masa dia terbuang dgn org yg salah . Prempuan dah la ada expire date |
|
|
|
|
|
|
|
dpt anak cantik2 nti keturunan pun bersyukur sbb laku nanti
dpt keturunan cam Noh muka dayak sgt |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... tumpang seronok & happy bila baca berita ni.
semoga yg kali ni kekal hingga ke jannah. |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 16-6-2023 01:41 AM
Sesuai dengan taraf internesenel sheols. Agak² laki sheols tahu tak sheols anak pemilik bank?
Saya tak tahu pun ayahnyer seorang renowned banker...cinta saya padanyer hanya kerana Allah....
Ciaciaciaciacia....
Anyway tahniah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 16-6-2023 01:53 AM
Awwww i pulak yg happy sbb masa kes dia mmg ada doa utk dia dpt jodoh cpt2 & i doa sgt2 xterlewat lg ...
We tend to take side dgn yg dah 'berhijrah' mellow....takda gossip....kheunz?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
nordin84 replied at 15-6-2023 11:08 PM
org kaya kawen private,tetamu xsmpi la 200org..org miskin xbrp kaya br lepas u kawen smpi 1k jemputa ...
Org semekin raikheun majlis dgn ramai tamu(1k)with doorgift RM5 each......org have have majlis utk 200 org door gift RM500 each....
Ko ghaser?
Bukankeww mewar warkheun pernikahan iteww amat dianjurkheun oleh agama kita selagi menghindarkheun pembaziran?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|