|
Obses mahu kelihatan seperti Ricky Martin, pemuda Argentina, Fram Mariano, sanggup menjalani puluhan prosedur kosmetik yang berbeza.
Dalam usaha untuk 'menjadi' seperti idolanya, dia mencuba pelbagai kaedah termasuk menerima suntikan minyak pelincir pada keningnya.
EL FRENTE
Selain itu, dia menjalani prosedur lain yang memberi kesan pada fizikal dan psikologinya.
Malangnya, banyak prosedur kosmetik yang dia cuba, sebaliknya gagal dan menyebabkan wajahnya cacat.
Oddity Central melaporkan, Fran Mariano, baru-baru ini, didakwa mengeluarkan minyak pelincir yang sebelum ini disuntik pada mukanya.
Susulan prosedur itu, dia berkemungkinan besar akan mempunyai parut kekal.
Mariano yang juga peserta dalam rancangan realiti Argentina, Cuestion de Peso dilaporkan mendedikasikan hidupnya untuk mengubah dirinya menjadi klon Ricky Martin.
Euro ES Euro
Mariano menjadi 'klon' Ricky Marin sejak penyanyi Puerto Rico itu tersenarai dalam kelompok 100 lelaki paling seksi di dunia.
"Saya tidak rasa apa-apa pada separuh muka saya, (tidak rasa apa-apa pada) hidung dan dagu saya," katanya.
Mariano berkongsi kisah itu dengan harapan dapat menghalang orang lain melakukan kesilapan sama.
Sumber: Harian Metro |
|