View: 634|Reply: 5
|
Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Kena Strok Haba Ketika Jalani Aktiviti Larian
[Copy link]
|
|
Kuantan: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Pekan tidak sedarkan diri disebabkan strok haba ketika melakukan aktiviti larian sejauh lebih empat kilometer.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, hasil pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pelajar lelaki itu mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi melebihi 39 darjah selsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.
Gambar hiasan.
“Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan ‘supportive,'” katanya di sini, hari ini.
Katanya lagi, pesakit yang dirujuk ke Hospital Pekan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
Beliau memberitahu pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA dan keadaan semakin stabil.
Sementara itu Nor Azimi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengehadkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
“Gunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan serta sentiasa mengawasi gejala keletihan dan strok haba.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jgn dik..sbb kes ni nanti semua sekolah kena hold sukan..
Dah la skrg tgh prepare mcm2 aktiviti untuk wakil sekolah.
Lepas ni sblm berlari..kena ambil breakfast sikit..
Minum air..makan power gel ka |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 14-6-2023 11:21 PM
Hari tuhhhh siapa ntahh kemain kutok2 KPM tak benarkan aktiviti luar sbb risiko strok haba siap bandingkan negara Timor Tengah mcm Qatar rileksss jah takde strok haba main bola siang2.
Eh, puaka betol maknoosia terpaling tuhh. Ada la justifikasi kenapa KPM tak benarkan aktiviti luar waktu cuaca panas nih. Pe benda nak banding ummah ibu pertiwi yg cuaca satu hari boleh berubah serta merta sekejap panas sekejap hujan sekejap ribut petir dengan negara yg setiap hari panas jahh tak berubah cuaca yg penduduk sana dah berkurun2 adapt pungg. Selagik tak kena kat anak sendirik mmg sedap la khenn bercakap ittew yinni yihhh sangat
See, now bila dah desak KPM benarkan balek aktiviti luar teross jadik pulek kes gini |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka matahati ni dulu xpanas
Skrg panas kemain nk meletup supernova dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kpm kerbau yg wajibkan xtvt sukan baru2 ni. Siap cikgu kerbau paksa mewajibkan lagi walaupun saya dah sign surat kebenaran utk tak membenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 masa skola paling benci acara merentas desa |
|
|
|
|
|
|
| |
|