CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

PGIR Gesa Kerajaan Buat Keputusan 'Flip-Flop' Isu Kwsp

[Copy link]
Post time 14-6-2023 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan akan mengambil keputusan untuk 'flip-flop' sekiranya ia bagi tujuan membantu rakyat.


Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, jika beliau tidak membuat keputusan 'flip-flop', rakyat akan terbeban dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan sebelumnya.


Gambar hiasan.




Sehubungan itu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menggesa kerajaan membuat keputusan 'flip-flop' dengan meluluskan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar bagi membantu rakyat terkesan.


Timbalan Presiden PGIRM Mohammad Farhan Jailani berkata, pengeluaran bersasar itu akan memberi sinar kepada golongan terjejas untuk bangkit dan menyelesaikan masalah hutang serta beban kewangan mereka.


"Sudah lebih setahun pandemik Covid-19 berlalu dan kerajaan berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi sudah pulih dan rakyat sudah bangkit.


"Tapi adakah kerajaan sedar masih terdapat golongan rakyat khususnya pencarum masih tercicir dan belum berjaya bangkit kesan daripada pandemik itu.


"Adakah kerajaan menutup mata dan telinga atas kesusahan golongan ini yang masih gagal bangkit kerana masalah hutang tertunggak akibat hilang pendapatan, masih tidak mendapat pekerjaan stabil kerana faktor usia dan kesihatan selain berdepan masalah sosio ekonomi serta keluarga yang meruncing," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Mohammad Farhan berkata, kaji selidik PGIRM setakat Mei lalu mendapati 99,335 pencarum masih berdepan masalah terbabit.


Katanya, penyelesaian kerajaan dengan menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) tidak menyelesaikan masalah secara keseluruhan, malah menambah beban kewangan sedia ada.


Justeru, beliau berkata, sekiranya Anwar benar-benar ingin membantu rakyat khususnya golongan tercicir perlu segera membuat keputusan 'flip flop' dengan meluluskan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044787 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list