CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembenihan awan tingkat paras Empangan Air Itam

[Copy link]
Post time 13-6-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Pembenihan awan tingkat paras Empangan Air Itam


BERNAMA



PETUGAS NADMA melakukan persiapan Pangkalan TUDM, Subang, semalam, sebelum Operasi Pembenihan Awan. FOTO Aswadi Alias



Georgetown: Operasi pembenihan awan gelombang kedua di Pulau Pinang yang dijalankan semalam menunjukkan peningkatan air di Empangan Air Itam, di sini, susulan berlaku hujan di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata, setakat semalam paras Empangan Air Itam adalah pada tahap 48.6 peratus berbanding 47 peratus minggu lepas.

"Operasi pembenihan awan semalam itu boleh dikatakan berjaya kerana mencetuskan hujan dan ia membantu meningkatkan paras Empangan Air Itam iaitu kira-kira lebih satu peratus manakala paras air di Empangan Teluk Bahang kekal pada paras 44.2 peratus setakat semalam, sama dengan paras pada minggu lepas.

"Kemungkinan kerajaan negeri akan memohon melaksanakan pembenihan awan lagi namun ia bergantung kepada keadaan cuaca terkini dan semasa.. jika sudah masuk musim hujan mungkin kita tidak lagi perlu operasi pembenihan awan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Awal Mei lepas media melaporkan simpanan air Empangan Air Itam hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula selama 146 hari, susulan cuaca panas melanda negara ketika ini.

Setakat 8 Mei, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pada 48.1 peratus.

Susulan penurunan paras Empangan Air Itam dan Teluk Bahang itu, kerajaan negeri memohon bantuan untuk menjalankan operasi pembenihan awan bagi membantu mencetuskan hujan di kawasan tadahan air tersebut.

Semalam, operasi kedua pembenihan awan di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam telah dijalankan, sebulan selepas operasi pertama.

Sementara itu, Zairil berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mula memasang meter pintar di premis kediaman dan perdagangan di Pulau Pinang, bermula 15 Jun di sekitar kawasan Pulau Tikus dan Tanjung Tokong dan seterusnya ke kawasan-kawasan lain secara berfasa sehingga selesai sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

"Pemasangan dan penggantian meter tersebut akan dilakukan oleh pihak juruteknik dan vendor TNB di mana setiap unit yang terlibat dijangka akan mengalami gangguan bekalan elektrik semasa pemasangan dijalankan.

"Anggaran gangguan di antara 30 minit hingga satu jam bagi setiap unit dan setiap unit akan menerima notis pemasangan meter pintar dan borang B (gangguan bekalan elektrik) sebelum pemasangan dijalankan," katanya.



Disiarkan pada: Jun 13, 2023 @ 4:49pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.953592 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list