|
Reen Rahim mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan bertudung.
Di Instagram, Reen memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang menjalani penggambaran sebuah produk.
Foto: IG
Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu tampil sopan dengan mengenakan busana dan hijab serba merah.
Katanya dia gembira malah menerima dengan hati terbuka apabila diminta untuk mengenakan hijab pada sesi penggambaran tersebut.
“Ini 1st photoshoot client mintak Reen berhijab… Mula-mula mereka takut saya kecil hati dengan request mereka.
“But actually Reen sangat-sangat happy dan I terima dengan hati yang terbuka,” luahnya.
Dalam pada itu, Reen turut memohon semua untuk mendoakan dirinya untuk berhijab suatu hari nanti.
“Dalam hidup ini semua Allah SWT dah susun tak ada yang kebetulan…doakan semoga segenap hati Reen nanti tutup aurat kerana Allah SWT. Amin,” harapnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat penampilan Reen yang sopan.
Malah ramai juga mendoakan Reen agar dikurniakan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.-CARI
Sumber: XTRA
|
|