CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 1

Anak Mamat Khalid Masih Banyak Perlu Belajar Untuk Mengarah "Pecah Panggung Perkara Nombor Dua Dan Rezeki"

[Copy link]
Post time 12-6-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Anak keempat Allahyarham Mamat Khalid yang kini bergelar pengarah berkata, "Mestilah saya nak ikut jejak papa. Saya nak filem itu cemerlang dan pecah panggung. Kalau tiada untung, memang kasihan dengan penerbit.


"Sama ada pecah panggung atau apa saja, semua ini rezeki. Setiap filem ada kelebihannya sendiri."


Foto: IG




Amen kata masa bapanya menghasilkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, mereka pun tidak menyangka ia akan pecah panggung.


"Ia adalah benda-benda yang tak dijangka. Kami hanya buat. Saya selalu pegang, papa cakap buat saja. Selagi boleh buat, buatlah.


"Macam pecah panggung semua perkara nombor dua dan rezeki. Saya memang akan ikut jejak papa dalam industri," katanya kepada mStar.


  



Amen mengulas mengenai artikel Tiga Pengarah Termahal yang dilaoorkan Metro Ahad membabitkan pengarah dan penerbit berkaliber, Datuk Yusof Haslam dan dua anaknya, Syamsul dan Syafiq yang sering mencipta kutipan pecah panggung menerusi filem arahan mereka.


"Syamsul dan Syafiq ada kelebihan tersendiri yang saya hormati. Saya sendiri pun ada benda yang saya masih belajar dan ada yang masih dicari lagi untuk dapatkan apa yang saya nak.


"Sekarang saya sedang banyak belajar. Saya banyak tengok filem. Lepas papa meninggal dunia, dekat setahun lebih emosi saya tak stabil


"Saya mencari mood dan semangat itu semula untuk saya teruskan. Sekarang saya banyak belajar dan banyak membaca. Dulu tak banyak membaca sekarang dah banyak membaca," katanya.




  



Amen mengakui agak sukar untuk memahami selera penonton kerana setiap orang berbeza.


"Saya akan buat semampu boleh. Sebenarnya saya suka dan layan semua genre, tapi paling saya minat ialah 'dark comedy'," katanya yang baru menyiapkan super-telefilem berjudul Sahul Bhai.




  



Amen berharap penonton dan penggiat industri filem boleh terima karya pertamanya itu.


Terdahulu, Amen menyambung mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali pada Mac tahun lalu untuk tayangan di Astro First selepas bapanya meninggal dunia. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rupa juga anak dia yang ni... Cuma kena kurus sikit n groom....

Cumanya tanjak melayu memang kena pakai besar2 gitu kah? Nampak kepam nokkk... Choiii... Yang kat bali semua tu boleh pulak pakai yang kecik2 halus bagi nampak kemas...

Baik pakai kecopong jah terus kalau nak pakai besar2 gitu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.500993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list