CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 8

Caprice Pertahan Wadi Annuar, Tak Salah Baca Doa Di Majlis Ala Barat Janna Nick

[Copy link]
Post time 12-6-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini kecoh menjadi bulan hangat apabila Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub hadir membaca doa di majlis resepsi perkahwinan ala barat Janna Nick dan Dini Schatzmann.


Ramai yang menyifatkan pasangan pengantin tidak sensitif apabila mengundang agamawan itu memandangkan Janna tidak menutup aurat pada acara berkenaan.


Foto: IG




Bagaimanapun Caprice tampil mempersoalkan tindakan netizen yang menyelar kehadiran Wadi untuk membaca doa pada majlis berkenaan.


Jelasnya tidak salah sekiranya seorang ustaz mahu membaca doa dan sebagai umat Islam seseorang harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain.


  



"ada yang marah dan kecam kenapa ustaz Wadi hadir di majlis perkahwinan ala barat ini, kalau anda tak mahu ustaz baca doa, habis itu anda nak siapa yang baca doa?


"Baguslah ada orang yang nak doa untuk kita. Kita semua sebagai umat Islam kena sentiasa doa yang terbaik untuk umat Islam termasuklah yang masih 'jahat' ini. Insya Allah," katanya di IG.


Sementara itu, Caprice berkata, dia tidak melihat sebarang kesalahan sebaliknya melihat kehadiran Wadi pada majlis tersebut mungkin menjadi asbab dalam memberi kebaikan kepada tetamu yang hadir.


Caprice berkata, Wadi memang sering mendekati artis dan pempengaruh media sosial yang sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua.




  



"erkara ini kecoh di media sosial, ramai kecam dan ada PU yang cuba tegur ustaz Wadi yang hadir pada perkahwinan ala barat Janna.


"Kalau anda perasan, ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan pempengaruh media sosial... bagi saya tiada masalah kerana perkara ini bagus.


"Mana tahu disebabkan ustaz Wadi terjentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya Allah kita tak tahu," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 03:21 PM | Show all posts
ustaz ni dah jadi sesumpah...dulu ok jer,,sejak dh join dgn retis2 sendu,terus dh lain mcm ustaz ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la sokong wife dia pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan berjodohan ngan retis barangkali... Mana2 muka setad jer
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 03:27 PM | Show all posts
memang la tak salah netizen je yang over lebih...

lagipun retis yang jemput harus la dia pun gigih berhempas pulas nak pergi...

cuba kalau acik2 rhoper marhaen macam anak kak km yang kahwin... harus di tolak2 nya sebab takut di jemput nanti tiba2 ada pondan menari ala2 beyonce single ladies kat majlis tu... siap tetamu semua terbeliak bijik mata...

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
yes. takde salah. majlis pun majlis kahwin. ustaz wadi hanya memenuhi jemputan utk bacaan doa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2023 04:14 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 12-6-2023 03:27 PM
memang la tak salah netizen je yang over lebih...

lagipun retis yang jemput harus la dia pun gigih  ...

kann...takde lah kluarga Janna ngn Dinnie tu nak jemput penari2 tiang or pondan2 bergelek..mostly tetamu yg dtg bertudung...takdelah yg dtg baju sampai terkeluar tetek...lagipun ustaz wadi ni kan ustaz selebriti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 04:17 PM | Show all posts
Pujangga22 replied at 12-6-2023 04:14 PM
kann...takde lah kluarga Janna ngn Dinnie tu nak jemput penari2 tiang or pondan2 bergelek..mostly  ...

khennn... gigih fefeeling syumul sangat netizen pun...
sah2 la tu ustaz clout chaser serhoper pu syed tu...

kalau di jemput dek retis popular laju jah datang...

kalau anak kak km jocelyn chia tu kahwin nanti jemput2 berbayar pun di bluetick kan jah sebab takut ada pondan menari kat tengah2 pentas sambil gengoyang jubo nanti... siap spender terkoyak...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 04:40 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 12-6-2023 04:17 PM
khennn... gigih fefeeling syumul sangat netizen pun...
sah2 la tu ustaz clout chaser serhoper pu s ...

kan ustaz wadi tu bukan maksum erkk...manusia biasa yg gigih menahan hawa nafsu gitu..walaupun di kelilingi selebriti2 wanita geng2 usrah yg suci murni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.326278 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list