CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 2

Kuna Dilarang Bergambar Dengan VIP: Kuza Dan Kunie Diarah Fail Pembelaan Sebelum 5 Julai

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Kuza dan Kunie diarah oleh Mahkamah Sesyen,untuk memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan terhadap mereka.


Saman oleh bekas abang ipar yang juga Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan anak lelakinya selepas dakwaan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna tidak dibenar bergambar dengan tetamu kehormat dalam satu majlis perkahwinan anaknya kerana berstatus janda.


Perkara itu dimaklumkan peguam, Aizul Rohan Anuar yang mewakili Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Muzani dan adiknya, Tengku Sariwani atau Kunie pada pengurusan kes hari ini.




Foto: IG




"Mahkamah mengarahkan supaya pembelaan itu difailkan sebelum atau pada 5 Julai ini. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Julai ini," katanya ketika dihubungi selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Azian Othman.


Sementara itu, peguam Datuk Adnan Seman yang mewakili Rizalman dan anak, Nik Muhammad Hakimi berkata, mahkamah turut mengarahkan pihaknya untuk memfailkan afidavit balasan terhadap pembelaan yang bakal difailkan defendan pada 20 Julai ini.


Writ saman itu menamakan Kuza dan Kunie sebagai defendan pertama dan kedua.


Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Rizalman dan Nik Muhammad Hakimi mendakwa dua beradik itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka melalui laman sosial Instagram dan TikTok sekitar Februari lalu.


Kenyataan yang dikatakan fitnah itu berkaitan Kuna pada majlis perkahwinan Nik Muhammad Hakimi yang juga anak Rizalman dan Kuna sebelum pasangan itu bercerai pada 5 Disember 2001.


Nik Muhammad Hakimi berkahwin dengan anak Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada 17 Februari lalu.


Sehari sebelum majlis persandingan, satu raptai diadakan memandangkan tetamu jemputan kehormat majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


Pada majlis raptai itu, Kuna turut dijemput untuk persiapan majlis bagaimanapun selepas majlis raptai selesai, pihak pengantin lelaki dan perempuan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara hanya dua wakil bagi setiap keluarga dibenarkan untuk berada di dalam bilik menunggu yang menempatkan pasangan diraja bagi tujuan bergambar.


Pada majlis diadakan 17 hingga 19 Februari lalu, Kuna ditempatkan semeja dengan Rizalman dan isterinya, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri, Timbalan Menteri Pertahanan bersama isterinya dan beberapa kenamaan lain.


Kuza dan Kunie juga hadir dan ditempatkan di meja kenamaan serta diberi layanan istimewa selaku keluarga terdekat plaintif kedua.


Bagaimanapun, pada 26 Februari lalu, Kunie didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram mempertikaikan mengapa Kuna tidak dibenarkan berada di bilik menunggu bersama kenamaan lain dan mendakwa kejadian itu berlaku kerana pelakon itu berstatus janda.


Kenyataan itu turut disokong oleh Kuza yang turut mengeluarkan komen berbaur fitnah di bahagian komen dan turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah di laman Instagram miliknya sendiri.


Kunie juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui video yang diterbitkan di laman Instagram miliknya dan video sama disiarkan semua di laman Instagram milik Kuza. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 02:54 PM | Show all posts
Kesian anak...baru nak hidup..mengade tul bapaknya nak saman bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 03:37 PM | Show all posts
nak buat macam mana dah protokol...
tapi iols tertanya ex laki takkan la lepas ambik gambar dengan bini sekarang tu takde ke nak mintak ambik gambar sekali lagi dengan bekas bini pulak...

protokol dia kena sepasang (2 orang) je ambil gambar bersama dalam dewan...

boleh je kan ambil gambar 2 kali...

entah la si ahli politik ni pun sama tak boleh pakai.... si sskjp tu pun sama clout chaser gigih nak tag2 vvip... yihhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057389 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list