CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Hakim Danish kembali pamer aksi kompetitif

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:35 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM Danish tamatkan perlumbaan di kedudukan keenam Perlumbaan 2 Red Bull Rookies Cup. -FOTO Ihsan ZK Racing

Kuala Lumpur: Selepas berdepan kekecewaan demi kekecewaan, pelumba negara, Hakim Danish Ramli akhirnya kembali mempamerkan aksi kompetitif menamatkan Perlumbaan 2 Red Bull Rookies Cup di tempat keenam dekat Mugello, Itali, semalam.

Penamat itu membolehkannya mengutip 10 mata berharga sekali gus kekal menduduki kelompok 10 terbaik dengan mengumpul 56 mata selepas empat pusingan perlumbaan.

Selepas gagal menamatkan perlumbaan pada Perlumbaan 1, Hakim mempamer tunggangan meyakinkan sehingga pada satu ketika mampu bersaing dengan kelompok hadapan untuk memperoleh penamat terbaik pada Perlumbaan 2.

"Saya membuat permulaan yang baik dan bersaing dengan kelompok hadapan. Pada bahagian 'chichane' di litar ini banyak kekurangan yang harus saya perbaiki.

"Di pusingan terakhir, saya cuba bersaing untuk kemenangan dan podium, namun bukan rezeki saya. Saya akan terus berusaha dan jadikan keputusan ini sebagai sesuatu yang baik selepas beberapa perlumbaan sebelum ini tidak begitu baik," katanya.

Seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril turut cemerlang apabila menamatkan kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2 dengan mengutip mata.

Danial yang terpaksa berehat hampir sebelum sebelum ini kerana mengalami kecederaan, menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan dan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-14.

"Pada Perlumbaan 2, ia bukanlah keputusan yang saya mahukan. Pada awal perlumbaan, saya berada di kelompok hadapan namun ada beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh dan membuatkan ada sedikit jurang dengan kelompok hadapan.

"Pada pusingan terakhir, saya membuat sedikit kesilapan kerana 'shifter' saya sedikit sensitif dan membuatkan saya tertinggal sedikit jauh. Apa pun saya gembira dengan pungutan mata kedua-dua perlumbaan ini," katanya yang kini menduduki tempat ke-16 dengan mengumpul 23 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mer-aksi-kompetitif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061946 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list