View: 4127|Reply: 100
|
Ingatkan Dapat Tun, Keluarga Terkejut Nik Aziz Hanya Dapat Gelaran Tan Sri
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Keluarga Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut dengan gelaran Tan Sri yang diterima bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Cucu Allahyarham, Nik Nur Humaira berkata, sebelum ini mereka sekeluarga sudah dimaklumkan yang Nik Abdul Aziz bakal menerima gelaran Tun.
Menurutnya, keluarga mereka tidak memandang rendah dengan penganugerahan Tan Sri, sebaliknya terkejut apabila Nik Abdul Aziz, seorang ulama milik ummah, diletakkan sebaris dengan seteru politik dan agama daripada DAP.
Foto: Harian Metro
"Secara zahirnya, penganugerahan ini adalah perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, namun senarai penerima akan dicadang serta ditapis oleh Perdana Menteri terlebih dahulu.
"Ahli keluarga 'dicanangkan' lebih awal bahawa Tuan Guru akan dianugerahi gelaran Tun, namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri," katanya yang terkejut apabila menerima surat Istana Negara.
Kenyataan itu dimuat naik Nik Nur Humaira di Facebook pada 10 Jun lalu.
Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila surat jemputan tidak diberikan menerusi kerajaan negeri, sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham, Nik Omar Nik Aziz iaitu bapa saudaranya.
"Selama 23 tahun memimpin kerajaan PAS di Kelantan, namun undangan bersejarah begini diberikan melalui tangan seorang yang memilih untuk tidak bersama perjuangan beliau (Nik Abdul Aziz)?
"Memandangkan jemputan daripada Istana Negara tidak boleh ditolak, maka isteri Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak iaitu nenda kami memenuhi undangan berkenaan," katanya.
Katanya, penulisannya itu adalah tindak balas kepada beberapa naratif daripada musuh PAS, yang mengatakan bahawa Nik Abdul Aziz tidak pernah dianugerahkan Tan Sri walaupun ketika PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.
"Walhal, hanya kerana seorang anak Allahyarham tidak sedar dirinya menjadi bola bagi pihak lawan, bergerak ikut kaki yang menyepaknya, meraikan ayahnya yang diletakkan sebaris dengan musuh agama yang dilawan sehingga keras jiwa dan putus nyawanya.
"Ulama ini diberikan pengiktirafan, hanya setelah jasad tertanam jauh di dalam bumi. Sayang sekali, ketokohan beliau diperalatkan selepas beliau tiada.
"Allahyarham dianugerahi gelaran Datuk Bentara Setia pada 2010, iaitu tiga tahun sebelum beliau turun daripada kerusi Menteri Besar setelah 23 tahun pemerintahan. Apa ertinya? Bahawa gelaran material ini tidak lah pernah menjadi keutamaan beliau kerana sedar bahawa pangkat dan darjat di dunia tidak menyamai ganjaran dan keredaan Allah SWT," katanya.
Nik Nur Humaira berkata, di kesempatan itu beliau tetap menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penganugerahan Darjah Kebesaran PSM kepada Allahyarham datuk kami.
"Junjung kasih, Tuanku," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Nik Abdul Aziz dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama menerima anugerah itu, pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
So, siapa yang tak puas hati ni? Yang pasti bukan arwah Nik Aziz sendiri lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru je baca kat fb aritu org puji arwah layak dapat tan sri sekali rupanya ank cucu tak puas hati lak sbb dapat tan sri patut dapat tun plak huhu.
Tp arwah bukan mantan PM, cuma mantan menteri besar dan mantan presiden parti politik.
Arwah pun tak penah memerintah negara ni kan jd menteri kabinet ke apa.
Btw itu semua cumalah pangkat dunia saja rasanya arwah pun tak mengharapkannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya terbukti pangkat boleh dibawa masuk kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
dah meninggal dah pun Nik Aziz, apa guna dia nak kena ada pangkat dunia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Batak pangkat juga la ank cucu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dh mati xleh ckp apa dh kan?
Tp yg hidup pulak lebih sudu dr kuah lapaq gelaran feudal.
Siap ngata pak menakan sendri.
Ni la contoh iman xdpt diwarisi. |
|
|
|
|
|
|
|
So sekarang sapa yg hadap sgt gelaran ni? Cucu mulut celupar, sempat kutuk nik omar lagi tu dan blame pm konon sbb pm datuk dia x dpt tun. Hadoiii mentaliti apa budak ni. Terserlah kebodohan dan gila gelaran.
I m sure if TGNA ada, allahyarham pun tak kisah pun gelaran2 dunia ni, beliau zuhud dan org semua tahu akhlak beliau. Malah semasa hidup allahyarham sgt hormat dan baik dgn kit siang. |
|
|
|
|
|
|
|
La... dah dapat tan sri dah kira ok la tu. Bukan ramai sangat pon yg dapat TUN kan. bosskur, abahkau, mael pon xdapat TUN lagi. Ada beza ke jika arwah diberi gelaran Tan Sri, dah tentu2 hubungan arwah dengan pangkat duniawi dah putus. |
|
|
|
|
|
|
|
la.... cucu pulak yg over..... adeh.... nak pangkat jugak la ya? Sian TGNA. Al-Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 12-6-2023 03:12 PM
La... dah dapat tan sri dah kira ok la tu. Bukan ramai sangat pon yg dapat TUN kan. bosskur, abahkau ...
Ade bezaaaa tun and tansri... elaun..
Sbb tu kena follow budget |
|
|
|
|
|
|
|
anak cucu pulak yg gila pangkat apehal?? kalau tuan guru hidup lagi aku rasa arwah pon taknak gelaran tu |
|
|
|
|
|
|
|
tun ke, tan sri ke, datuk ke...bukan atas nama korang pun. elaun pun tak dapat kan...patutnya tolak jelah penganugerahan tu semua..atok dah zuhud, korang pula yang eehhmm..kata jahiliah kang, marah plak |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 12-6-2023 02:56 PM
Yg dh mati xleh ckp apa dh kan?
Tp yg hidup pulak lebih sudu dr kuah lapaq gelaran feudal.
Siap ngat ...
Ya setuju sgtttt.
Drp org tak nmpk kebusukan bdk ni dan org2 keliling dia, dah nmpk pekung dah, nk sgt gelaran, nk bergantung pd kemashyuran datuk. Cuba lah dptkan sendiri gelaran kalau dah hebat dan betul sgt. Konfiden membabi buta dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 12-6-2023 02:56 PM
Yg dh mati xleh ckp apa dh kan?
Tp yg hidup pulak lebih sudu dr kuah lapaq gelaran feudal.
Siap ngat ...
Ya setuju sgtttt.
Drp org tak nmpk kebusukan bdk ni dan org2 keliling dia, dah nmpk pekung dah, nk sgt gelaran, nk bergantung pd kemashyuran datuk. Cuba lah dptkan sendiri gelaran kalau dah hebat dan betul sgt. Konfiden membabi buta dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
KelisaSilver replied at 12-6-2023 03:13 PM
la.... cucu pulak yg over..... adeh.... nak pangkat jugak la ya? Sian TGNA. Al-Fatihah
Betui kesian TGNA, semua org syg dan hormat, allahyarham sgt zuhud. Buat malu ja perangai org yg hadap gelaran ni sampai menyalahkan org lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sesuai aruah Nik tu dapat Tun. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh...parti islam.pun gila gelaran jgk ke
Org tu dah mati pun, tk pyh la yg hidup tu sibuk sgt nk gelaran..kata arwah tu tk heran pun duniawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo almarhun Masih hidup lg silap2 beliau pun tolak pingat2 ni semua, bkn sbb pingat tu bkn tun, tp bnd ni semua Dunia x membantu kat akhirat nanti pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|