View: 430|Reply: 7
|
'Mana Bantuan Yang Dijanjikan Kepada Kami?' - Mangsa Banjir Johor
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib mangsa banjir Mac lalu di kawasan Batu Pahat yang segelintirnya bukan hanya mengalami kerosakan harta benda akibat bencana alam tetapi kehilangan pekerjaan.
Masih menantikan bantuan yang dijanjikan, beberapa mangsa iaitu Saunah Abdul Rahman, 78; Daud Anuar, 56; Azmi Abdul Rahman, 57; Safiah Abdullah, 52, dan Shaharudin Abdullah, 52, mendakwa mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM10,000 akibat bencana itu.
Mereka mengharapkan bantuan BBKA untuk membina kehidupan baharu selepas semua peralatan dalam rumah rosak akibat bencana banjir tersebut.
Seorang penduduk menunjukkan kesan paras air ketika banjir melanda Kampung Tanjung Sembrong.
"Kami masih tertanya-tanya bila bantuan banjir akan diterima, ini kerana ada di antara kami sudah mengisi borang sejak Mac lalu tetapi sehingga kini, belum ada apa-apa berita.
"Yang menghairankan ada mangsa banjir baru saja is borang bulan lalu, tetapi sudah mendapat bantuan," rintih beberapa mangsa banjir di Kampung Tanjung Sembrong, di sini yang belum menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) berjumlah RM2,500.
"Kampung ini tenggelam sehingga paras dada ketika banjir dan kami tiga kali berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana PPS yang kami duduki dinaiki air.
"Belum lagi reda dengan musibah itu, ada pula antara kami diberhentikan kerja kerana dikatakan mengambil cuti terlalu lama sedangkan mereka masih di PPS kerana banjir belum surut.
"Malah, sebahagian besar daripada kami sudah berhutang dengan syarikat perabot kerana jika tidak berbuat demikian, rumah kami kosong," kata mereka ketika ditemui di kampung terbabit.
Mereka mendakwa, kebanyakan peralatan dalam rumah termasuk barangan elektrik dijadikan 'hiasan' kerana tidak lagi berfungsi akibat ditenggelami air.
"Kami hanya dibenarkan pulang beberapa hari sebelum menyambut Aidilfitri. Banyak barangan rosak hingga tidak boleh digunakan, membuatkan kami meraikan Syawal dalam keadaan hiba," kata mereka.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat ketika dihubungi berkata, mengakui masih ramai mangsa banjir di daerah ini belum menerima bantuan terutama BBKA.
Beliau berkata, pihaknya memilih nama mangsa secara rawak membabitkan sesetengah kawasan sebelum mengagihkan bantuan itu.
"Memandangkan permohonan bantuan banjir sudah ditutup hujung bulan lalu, kami sedang dalam proses secara berperingkat sebelum diagihkan kepada semua.
"Kami berharap mangsa banjir yang belum menerima bantuan agar bersabar kerana pihaknya sedang berusaha menyelesaikan secepat mungkin," katanya.
Banjir melanda Johor sejak 1 Mac lalu menyebabkan 85,000 mangsa terjejas serta dipindahkan ke PPS.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
amboi, gigihnyahh berhutang kedai perabot semata-mata tak nak rumah nampak kosong..
begitulah pemikiran mangsa banjir B40.
Dengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suh buat PRN awal? Klau x skrg kambing nk beranak pun politik dtg melawat bg bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan aritu pmx kata nak bagi direct ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
bantuan BBKA ni under federal.. mmg sah laa kaki kencing mai kencing merata2 sampai depa percaya & terpedaya ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan utk semua mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
"Kami berharap mangsa banjir yang belum menerima bantuan agar bersabar kerana pihaknya sedang berusaha menyelesaikan secepat mungkin," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|