CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Sabah] LDP puji usaha kerajaan Malaysia tangani tuntutan Sulu

[Copy link]
Post time 11-6-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) memuji usaha berterusan sekretariat khas Kerajaan Malaysia dalam menangani isu tuntutan Sulu terhadap Sabah.

Bendahari Agung LDP, John Lee berkata, kejayaan keputusan Mahkamah Rayuan Paris membuktikan tuntutan Sulu adalah tidak berasas.

“Keputusan itu sekali gus membatalkan tuntutan sebanyak USD14.94 bilion pewaris kesultanan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Timbang Tara Paris lalu.

“Melalui usaha kerajaan Sabah yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang mahukan tuntutan itu dihentikan adalah tepat dan munasabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, terdapat beberapa lagi tuntutan timbang tara yang akan datang di Amsterdam dan Luxembourg yang dibuat oleh pihak Sulu.

“Namun, saya percaya peguam yang dilantik oleh kerajaan Malaysia berjaya memenangi dan menolak kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, John yang juga seorang peguam berkata, kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti baru-baru ini dapat memulihkan ketidaktentuan politik di negeri Sabah.

“Kelulusan RUU Anti Lompat Parti itu dilihat dapat mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Hajiji ketika ini.

“Selain dapat memulihkan politik negeri Sabah, ia juga akan meningkatkan ekonomi dan pembangunan negeri selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063157 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list