Melangsungkan pernikahan dan majlis resepsi semalam, acara perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann itu sehingga kini masih menjadi perbualan.
Bagaimanapun, isu yang menjadi bualan adalah kehadiran pendakwah bebas yang membacakan doa pada majlis tersebut yang disifatkan kurang sesuai memandangkan busana yang disarungkan oleh aktres itu disifatkan sebagai 'tak cukup kain'.
Malahan, netizen turut menyentuh pakaian yang disarungkan oleh tetamu lain juga tidak menutup aurat ketika menghadiri majlis berkonsepkan ala barat itu.
Berbeza pula dengan pendapat sesetengah netizen yang menganggap Ustaz Wadi Annuar hanya datang bagi memenuhi jemputan.
Sumber: Beautifulnara.com
|