CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 8

KJ Nyatakan Pendirian Bersama PN - Takiyuddin

[Copy link]
Post time 11-6-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Seremban: "(Kedudukan) KJ (Khairy Jamaluddin) setakat ini belum putus lagi, tapi dia sudah menyatakan pendirian tetap bersama kita," kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hasan berhubung penyertaan Khairy dalam PN.


Beliau berkata, Khairy sudah menemui Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini iaitu dalam bulan Jun ini.


Katanya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu sudah menyatakan pendirian akan tetap menjadi pengundi di Negeri Sembilan.


Takiyuddin Hassan.



"Dia dah jumpa (Muhyiddin) dan akan berjumpa lagi dalam masa terdekat, itu perkembangan terbaru, namun setakat ini belum ada keputusan (penyertaan KJ dalam PN/Bersatu).


"Tapi saya percaya dalam waktu terdekat," katanya ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan PN, di Senawang, malam tadi.


Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.


Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada Umno, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.


Takiyudin berkata, PN mengharapkan Khairy dapat bersama dalam gabungan itu kerana ketokohan dan ketrampilan beliau dalam kepemimpinan kanan Umno.


Mengulas mengenai kemungkinan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, akan diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, beliau tidak menolak kemungkinan itu.


Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, setakat ini, Annuar tidak memberikan sebarang syarat apabila beliau diterima sebagai ahli Pas.


Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 03:52 PM | Show all posts
Mcm low class masuk PN, tp ye lah makn dgn org tersakiti ni apa pun blh jadi huh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 04:01 PM | Show all posts
Terpaling lalang, dangerous venomous species
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dia tak nak 'kawan' wak letew...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata dia masih sayang umno lagi. Tak mungkin dia join PN yang dah nak karam tu. Bersusun kes mahkamah yg sedia ada and coming soon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa PN beria2 nakkan dia nih?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2023 08:34 AM | Show all posts
Pandai-pandailah KJ bawa diri.. Ada rumors' kata KJ nak tubuh parti sendiri, ada kata nak join PN.. hurrmmm kita tunggu dan lihat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:07 AM | Show all posts
ewwwwww pagi2 dah tgk muka taki2.. suwei oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 10:46 AM | Show all posts
Setakat ni leader2 pelapis banyak falter.. rafizi, nurul izzah, syed saddiq... KJ masa jadi Minister ok la.. tapi Minister level & PM level lain.  Contoh PMX sendiri, very promising mana jadi Minister tapi jadi PM takde ummphh pun.. Aku rasa Najib done a lot better transitioning from Minister to Prime Minister.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.067472 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list