CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

Kontroversi Tidak Jejas Jualan Tiket – Sabyan Gambus

[Copy link]
Post time 10-6-2023 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Duo terkenal Indonesia, Nissa dan Ayus dari kumpulan Sabyan Gambus yakin kontroversi yang dikaitkan dengan mereka sebelum ini tidak akan mengganggu jualan tiket untuk konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi yang diajdualkan berlangsung Ogos depan.


Kata Nissa, mereka yakin peminat akan tetap memberi sokongan dan memilih untuk bersama kumpulan tersebut dalam keadaan sekalipun.






“Insya-Allah ia (kontroversi) tidak mengganggu. Doakan.


“Mahu atau tidak, perjalanan perlu diteruskan. Alhamdulillah, peminat masih bersama kami dan malah sokongan mereka bertambah,” katanya.


Nissa sekitar awal tahun ini menjadi tular selepas dikaitkan menjadi orang ketiga yang mengakibatkan penceraian Ayus dan isterinya, Ririe Fairus.


Malah timbul dakwaan bahawa Nissa dan Ayus kini bergelar suami isteri. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya kekal mengunci mulut, mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.


Bercakap tentang konsert berkenaan, Ayus memaklumkan dia dan Nissa tidak sabar untuk berkunjung ke bandar bersejarah, Melaka yang belum pernah dilawati mereka sebelum ini.


“Ini merupakan kali pertama kami ke sana. Kami dimaklumkan durasi perjalanan adalah sekitar dua jam lebih kurang.


“Apa pun kami tidak sabar untuk ke Melaka sempena konsert kami nanti dan tidak akan melepaskan peluang menikmati makanan tempatan yang ada di sana,” katanya lagi.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.233023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list