"Bukan mudah memuaskan hati semua orang. Sebenarnya, imej yang dianggap daring itu hanyalah ketika bekerja.
"Saya tidak mampu memaksa peminat untuk suka atau membenci saya. Jika ada yang tidak suka, cubalah mengenali saya terlebih dahulu.
"Saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Kepada peminat yang menyokong walau apapun berlaku, terima kasih atas sokongan kalian," katanya.
Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, magis malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan penaja utama, produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, keluaran Fellera Skin akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 21 Julai depan.
Tepat jam 11.59 malam esok, undian peringkat Top 20 bagi 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra!, ABPBH 35, bakal ditutup, menandakan berakhirnya saingan awal acara anugerah berprestij ini.
Sehubungan itu, peminat mempunyai peluang terakhir sepanjang hari ini sehingga tengah malam esok, untuk mengundi artis pilihan bagi memastikan mereka bolos pusingan akhir Top 5 edisi ke-35 ABPBH.
Sumber: BH Online