CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 7

18 Tahun Kaji Teknik Anggur Berbuah Sepanjang Tahun

[Copy link]
Post time 10-6-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Manjung: Sebuah keluarga menjalankan penyelidikan selama 18 tahun bagi mencari teknik ladang anggur yang diusahakan berbuah sepanjang tahun.


Mengusahakan Ladang Anggur Saloma di Batu 8 Lekir, di sini, mereka sebelum ini hanya dapat menuai hasil dua kali setahun kerana semua buah anggur perlu dipetik selepas 120 hari atau empat bulan dari tempoh pokok berbunga.


Idea menanam pokok anggur pada asalnya dicetuskan pasangan suami isteri, Shuhaimi Ishak, 59, dan Siti Saloma Saad, 59, pada 2006 apabila Shuhaimi yang bekerja di Burkino Faso terkejut melihat masyarakat di benua Afrika itu berjaya mengusahakan tanaman berkenaan.


Muhammad Danial ditemani ibu, Siti Saloma menggunakan Brix meter bagi mengukur tahap gula buah anggur. FOTO Muhamad Lokman Khairi





Seterusnya minat mendalam itu diperturunkan kepada anak sulung mereka, Muhammad Danial Shuhaimi, 30.


Muhammad Danial berkata, proses percambahan bunga pada asasnya dilakukan dengan pangkas dan meluruhkan semua daun dengan cara pemotongan manual.


"okok anggur ini tak sama sifat seperti pokok tropika. Pokok anggur memerlukan suhu yang rendah untuk daunnya luruh. Di kawasan Mediterranean di Eropah, apabila tiba musim luruh di sana, suhu sekeliling akan menurun, lalu daunnya luruh secara automatik


"Di Malaysia, kita perlu tipu pokok ini kononnya ia sedang melalui musim luruh. Oleh sebab itu kita potong semua daunnya bagi membolehkan bunga bercambah.


"Apabila cukup tempoh empat bulan, buah anggur boleh mencapai tahap kemanisan antara 25 brix sehingga 28 brix dan boleh mula dituai," katanya.


Menurut graduan Diploma Pengurusan Ladang Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, keluarganya mengusahakan satu ekar tanah di belakang rumah dengan membahagikan ia kepada dua bahagian iaitu 0.5 ekar khas untuk menjalankan penyelidikan ke atas beberapa varieti pokok anggur, manakala 0.5 ekar lagi digunakan sebagai simulasi tanaman.


Muhammad Danial berkata, pokok anggur sensitif terhadap kelembapan udara kerana ia mengundang kewujudan kulat yang akhirnya menyerang daun dan batang pokok yang boleh menyebabkan kerugian.


"Mahu tanam pokok anggur di Malaysia ini perlukan kesabaran dan minat yang kuat kerana tidak semua cara penjagaan yang dipraktikkan di negara luar boleh menjamin ia berbuah apabila ditanam di sini.


"Malahan, setiap varieti berbeza panduan penjagaannya. Kita yang perlu ikut kehendak pokok itu untuk pastikan ia terus hidup, bermaksud pembajaaan, waktu siram serta pangkas berbeza. Kalau kita suka-suka hati pangkas untuk pembuahan, pokok tidak akan keluarkan bunga.


"Oleh sebab itu, kami perlu sentiasa lakukan kajian termasuk menghantar sampel daun dan buah ke makmal," katanya.


Bercerita mengenai penemuan teknik penghasilan buah anggur sepanjang tahun, Muhammad Danial berkata, perkara berkenaan terjadi secara tidak sengaja apabila dia mendapati pokok anggur varieti Alphonso Lavelle yang sedang berbuah dua bulan dengan tidak semena-mena mencambahkan bunga yang baru.


Jelasnya, dia menguji semula varieti berkenaan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang membolehkan perkara itu berlaku.


"Saya teliti semula faktor seperti keadaan cuaca, jenis baja digunakan, keadaan batang pokok dan beberapa lagi faktor dan mencuba semula sehingga terbukti hasilnya berjaya.


"Dengan penemuan ini, pengunjung yang datang ke ladang selepas ini sentiasa dapat melihat anggur dan dapat merasai pengalaman memetik gugusan buah pada bila-bila saja.


"Disamping hasil produktiviti ladang bagi anggur varieti Alphonso Lavelle juga dijangkakan akan lebih meningkat selepas ini," katanya.


Muhammad Danial berkata, anggaran kasar pendapatan setiap bulan, Ladang Anggur Saloma boleh menghasilkan kira-kira 500 kilogram (kg) anggur yang dijual dengan harga RM40 bagi sekilogram.


Antara varieti lain yang sudah dikaji dan didapati mampu memberi nilai komersial ialah IAC, Isabella Madu, Long White Malaga, Carolina Black Rose dan Kyoho.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
beribu2 tahniah dik
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah dtg tmpt diorg ni. Kecik je tempatnye. Tapi diorg satu family mmg aku rasa betul-betul minat la tanam anggur ni sebab diorg bleh cerita dari A to Z pasal penanaman anggur ni. Buah dia masa belum masak keras macam terung pipit tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats!  Will be interesting to try the malaysian grapes.  Pernah tengok satu uncle yg grow grapes kat malaysia, dia ckp grapes will often taste a little masam sebab soil condition di malaysia ni.  Tapi since bukan untuk wine production lantak la kan.  Btw rm40 sekilo mcm mahal jer for malaysian produce.  Imported seedles grapes pun lebih kurang rega tu sekilo.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 10-6-2023 01:04 PM
Aku penah dtg tmpt diorg ni. Kecik je tempatnye. Tapi diorg satu family mmg aku rasa betul-betul min ...

Apa rasa ni nok? Kelat ka masam ka cemana? Geram lak tengok. Cantik kejadiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Malaysia mampo jadik macam Korea yang produce stroberi sendiri segala. Besar gedabak pula tu stoberinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm daerah yg sm
Hagham x tau sblm ni

Ada ms sok kami jengah ye


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 05:54 AM | Show all posts
"Di Malaysia, kita perlu tipu pokok ini kononnya ia sedang melalui musim luruh. Oleh sebab itu kita potong semua daunnya bagi membolehkan bunga bercambah.


Bukan utk pokok anggur sahaja pokok tomato dan pokok chili pun sesuai buat mcm ini. Aii punya tomoto dan chili berbuah lebat bila daun daun bahagian bawah kita buang tinggalkan daun daun bahagian atas sahaja.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043937 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list