CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Morbidelli mahu kekal di MotoGP

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode

MORBIDELLI

ITALI – Pelumba Itali, Franco Morbidelli mengakui sekiranya jodohnya bersama pasukan Yamaha tidak berpanjangan, dia masih ingin kekal beraksi dalam pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan.

Pelumba berusia 28 tahun tersebut tetap ingin berusaha dengan gigih untuk kekal bersama pasukan Yamaha selepas menunjukkan peningkatan yang agak baik berbanding rakan sepasukannya, Fabio Quartararo musim ini.

Sebelum ini, Morbidelli diberi amaran bahawa tempatnya boleh digantikan oleh sesiapa sahaja sekiranya dia gagal me­nunjukkan sebarang peningkatan.

Keadaan bertambah panas apabila juara dunia WSBK, Toprak Razgatlioglu dikaitkan untuk menyertai kem Yamaha, namun spekulasi tersebut terhenti selepas pelumba Turkiye itu membuat keputusan untuk menyertai pasukan BMW di WSBK musim depan.

Bagaimanapun, tempat Morbidelli masih terancam apabila Jorge Martin dari Ducati sebelum ini turut dikaitkan untuk menyertai pasukan Yamaha tersebut.

“Orang yang membuat spekulasi berkenaan telah memberi satu motivasi tambahan kerana anda mahu me­nunjukkan kepada orang lain bahawa anda la­yak berada dalam pasukan itu.

“Jika saya melihat prestasi berbanding rakan sepasukan saya (Quartararo), ia tidak begitu teruk. Quartararo telah melakukan perkara yang hebat untuk meningkatkan kredibiliti­nya dalam beberapa tahun ke­belakangan ini.

“Dia (Quartararo) adalah juara dunia dan bekerja keras untuk mengembalikan potensi jentera Yamaha. Tetapi, ia adalah perkara rumit untuk mengeluarkan potensi berdasarkan pakej yang kami ada sekarang.

“Jika anda tidak berada di puncak, bermakna anda perlu bekerja lebih keras. Saya rasa saya perlu tingkatkan lagi usaha untuk mengekalkan kedudukan bersama pasukan ini,” kata Morbidelli. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... hu-kekal-di-motogp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list