CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 1

Bocey Masih 'Bernyawa', Terus Berjuang Tanpa Abam

[Copy link]
Post time 9-6-2023 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Bocey yang dianggotai Achey, Fad dan Allahyarham Abam sering menjadi sebutan termasuk menghiasi kaca televisyen (TV) menerusi pelbagai program untuk tatapan penonton seluruh negara.


Kombinasi trio pelawak itu berjaya menghibur penonton dengan telatah jenaka spontan yang ditampilkan sejak menyertai program TV berbentuk pertandingan komedi sehingga mencipta fenomena tersendiri.






Namun, sejak pemergian arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 2020, Bocey seolah-olah hilang dari radar industri hiburan.


Tampil menjelaskan 'keberadaan' Bocey, Achey menegaskan tetap utuh biarpun kurang mendapat undangan stesen TV.


Achey berkata, kebanyakan pegawai perhubungan awam atau pengurus acara bagi syarikat korporat tidak tahu dia dan Fad boleh menjadi pengacara, menyanyi termasuk menghibur.


"Jadi, kami jarang dapat jemputan dalam mana-mana acara dan mungkin disebabkan itu, nama Bocey agak tenggelam. Sepanjang lebih 10 tahun dalam industri, masih ada pihak yang tidak tahu kami boleh buat 'job' seperti itu.


"Bocey masih ada dan tiada istilah sudah berhenti membawa nama kumpulan ini. Mungkin disebabkan tidak banyak cerita mengenai Bocey keluar selepas arwah Abam meninggal dunia.






"Apa yang saya mahu katakan, Bocey tetap ada dan kumpulan ini menjalankan aktiviti komedi seperti biasa," katanya kepada BH Online.


Katanya, dia dan Fad masih berhubung untuk membawa nama Bocey dan menjalankan pelbagai aktiviti mengikut jemputan diterima.


"Cuma, buat masa ini, saya dan Fad banyak bergerak bersama pasukan projek sendiri. Mungkin orang tidak nampak kami disebabkan sudah jarang muncul di TV.


"Kami masih terima tawaran dan bukan sebab ketiadaan arwah Abam juga sebenarnya.


"Kalau kata mereka mahukan Bocey untuk menjayakan projek, kami boleh ambil orang lain untuk mengisi kekosongan. Cuma, nama kumpulan akan berubah hanya untuk sesuatu projek," katanya.






Achey berkata, dia banyak terima tawaran menyertai program berbentuk pertandingan banyak, tetapi kalau boleh tidak mahu sertai pertandingan kerana memberi laluan kepada pendatang baharu.


"Bagaimanapun, apabila kami ambil pendekatan sebegitu, kami pula yang tiada 'job'.


"Bagi saya, mungkin stesen TV boleh tawarkan kami program lain dan pertandingan pula diberikan kepada pendatang baharu.


"Boleh dikatakan populariti kami mampu bertahan daripada media sosial. Banyak dilakukan dalam platform ini kerana semuanya di hujung jari.


"Dengan cara itu, sebarang info atau bahan komedi cepat sampai kepada orang ramai," katanya.


Mengulas tidakkah mempunyai perancangan menaikkan semula nama Bocey, Achey berkata, dia dan Fad ada perancangan yang agak besar untuk mengadakan konsert lawak nusantara di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh menempatkan 20,000 penonton.


"Jadi, ia adalah kemunculan semula, tahun ini.


"Kemungkinan pelawak Malaysia dan Indonesia akan digandingkan dalam konsert. Kalau semuanya berjalan dengan baik, ia akan menjadi kemunculan semula yang terbesar," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 10:40 PM | Show all posts
memang agak sendu nama bocey sejak abam takde...
sebab arwah abam je yang lawak dalam kumpulan ni...

korang dua syok sendiri je lebih nokkk...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list