CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 2

'Nak sangat tahu bagaimana rasa bunuh seseorang'

[Copy link]
Post time 6-6-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode
'Nak sangat tahu bagaimana rasa bunuh seseorang'


JUNG Yoo-jung. FOTO Agensi


Seoul: Akibat membaca dan menonton rancangan mengenai pembunuhan seterusnya rasa ingin tahu perasaan sebagai pembunuh, seorang wanita berusia 23 tahun bukan sahaja menyamar sebagai pelajar sekolah malah membunuh 'tutornya' di Busan, Korea Selatan.

Menurut polis, wanita berkenaan Jung Yoo-jung, dilaporkan mendaftar untuk aplikasi mudah alih yang menghubungkan pihak ibu bapa dengan tutor persendirian.

Yahoo! News melaporkan Jung pada mulanya menyamar kononnya sebagai ibu kepada seorang pelajar Gred 9 dan berhubung dalam talian dengan wanita lain iaitu tutor Bahasa Inggeris yang berusia 20-an.

Jung kemudian menjadualkan rundingan untuk 'anaknya' pelajar Gred 9 itu dengan tutor Bahasa Inggeris berkenaan di rumah mangsa.

Pada 26 Mei lalu, Jung muncul di rumah wanita itu dengan berpakaian seragam sekolah yang diperolehnya dalam talian.

Sebaik Jung berada di dalam rumah mangsa, dia didakwa menikam mangsa hingga mati dengan pisau sebelum memotong badan wanita itu.

"Jung bertubuh pendek, dan dengan pakaian seragam, mangsa mungkin menyangka dia sebagai pelajar sekolah menengah," kata jurucakap polis Busan, menurut The Chosun Ilbo.

Polis percaya bahawa jenayah itu dirancang kerana mereka menemui beg tong besar dan peluntur yang digunakan untuk menyembunyikan pembunuhan itu.

Jung didakwa meletakkan beberapa bahagian badan mangsa di dalam beg pakaian selain mengumpulkan telefon bimbit, dompet dan kad pengenalan wanita itu untuk menjadikannya kelihatan seperti 'mangsa sudah hilang'.

Dia kemudian menaiki teksi ke tebing Sungai Nakdong untuk membuang beg pakaian yang berlumuran darah itu.

Pemandu teksi memaklumkan kepada polis mengenai tingkah laku wanita itu yang mencurigakan, menyebabkan pihak berkuasa mencari mayat mangsa di tepi sungai dan di rumah Jung.

Menurut polis, Jung ditangkap pada Rabu dan dia mengaku melakukan jenayah itu serta mengakui bahawa rasa ingin tahunya untuk membunuh tercetus daripada membaca dan menonton rancangan berkenaan pembunuhan.

"Jung didapati merencanakan jenayah yang didorong oleh keinginan untuk membunuh seseorang selepas dia menjadi taksub dengan pembunuhan dari program televisyen dan buku.

"Jung juga berkata, dia berasa kesal dengan apa yang dia lakukan. Kami sedang menjalankan ujian untuk melihat sama ada dia seorang psikopat," kata seorang jurucakap polis.

Jumaat lalu, Jung didakwa atas kesalahan membunuh.

Menurut polis, Jung, yang tinggal bersama keluarganya pada tempoh pembunuhan adalah seorang yang suka menyendiri dan menganggur sejak menamatkan pengajian dari sekolah menengah, lima tahun lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... asa-bunuh-seseorang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 04:56 PM | Show all posts

Wanita Obses Rancangan TV Dan Buku Jenayah, Menyamar Jadi Budak Sekolah Kerat Tutor Peribadi

Seorang penggemar kisah jenayah di Korea Selatan mengerat seorang wanita kerana mahu merasa sendiri pengalaman melakukan jenayah itu, didakwa melakukan pembunuhan kejam.


Jung Yoo-jung yang obses dengan rancangan TV dan buku tentang jenayah berbuat demikian sebagai salah satu usahanya bagi mempelajari cara untuk menyembunyikan mayat, lapor Chosun Ilbo pada 2 Jun lalu yang memetik polis Busan.




OpIndia




Penyiasat mendapati suspek menggunakan telefon bimbit dan meminjam buku dari perpustakaan untuk mempelajari kaedah melaksanakan jenayah tersebut.


Untuk mencari mangsa, Yoo-jung dilapor menggunakan aplikasi menghubungkan ibu bapa dengan tutor persendirian bagi menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai ibu kepada pelajar tahun sembilan yang ingin belajar Bahasa Inggeris.


Dia memberitahu mangsa, anak perempuannya akan pergi ke rumahnya untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Yoo-jung kemudiannya menyamar sebagai pelajar dengan memakai pakaian seragam sekolah yang dibelinya dalam talian dan pergi ke rumah wanita itu yang merupakan tempat di mana mangsa ditikam sehingga mati.


"Yoo-jung bertubuh pendek, dan dengan pakaian seragam, mangsa mungkin menyangka dia sebagai pelajar sekolah menengah," kata jurucakap polis seperti dilaporkan akhbar berkenaan.




Busan Metropolitan Police Agency




Menurut polis, suspek kemudiannya membeli beg sampah dan cecair peluntur sebelum pulang ke rumah bagi mengerat tubuh mangsa serta meletakkan beberapa bahagian badan ke dalam beg pakaian dan menaiki teksi ke Sungai Nakdong, tempat di mana dia membuang mayat terbabit.


"Untuk memastikan mangsa benar-benar hilang, Yoo-jung menyimpan telefon bimbit, kad pengenalan dan dompet mangsa," kata polis dalam laporan sama.


Namun begitu, pemandu teksi terlibat berasa curiga dengan tindakan wanita itu dan menghubungi polis sebelum pihak berkuasa menemui pakaian berlumuran darah dalam beberapa beg dan seluruh bahagian tubuh badan mayat yang dikerat di rumah suspek.


Ketika disoal pihak berkuasa, Yoo-jung pada mulanya memberitahu penyiasat dia membunuh mangsa secara tidak sengaja selepas berlaku pertengkaran.


Suspek bagaimanapun kemudiannya mengaku melakukan jenayah kejam itu selepas polis mendapati terdapat percanggahan dalam ceritanya dengan keluarganya yang turut menggesa dia menyerah diri.


Yoo-jung memberitahu wartawan dia berasa sangat bersalah dengan keluarga mangsa.


Ditanya mengenai punca menyebabkan dia membuat cubaan bagi menjadikan pembunuhan itu sebagai satu kes orang hilang, suspek menjawab, "Saya rasa saya sudah hilang kewarasan," lapor Korea Times.


"Yoo-jung kesal dengan apa yang dia lakukan," kata jurucakap polis itu sambil menambah bahawa pihaknya sedang menjalankan ujian untuk melihat sama ada suspek seorang psikopat.


Polis menyifatkan suspek sebagai seorang yang suka menyendiri dan menganggur sejak menamatkan pengajian sekolah menengah sejak lima tahun lalu.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2023 06:41 PM | Show all posts
dah ada

[Dunia] 'Nak sangat tahu bagaimana rasa bunuh seseorang'
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5181045
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039214 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list