CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3091|Reply: 34

Awie Kaut Kutipan Keseluruhan RM161 Juta Untuk Semua Filem

[Copy link]
Post time 9-6-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie berbangga apabila menjadi artis yang mengaut kutipan keseluruhan paling banyak iaitu RM161 juta bagi semua filem lakonannya.


Awie menyifatkan pencapaian dan kejayaannya dalam bidang lakonan banyak dibantu oleh sosok Allahyarham Mamat Khalid dan juga sahabatnya, Datuk Afdlin Shauki.




The Vibes




Awie turut berkongsi mengenai maklumat diterima daripada Perbadanan Kemajuan filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai dirinya yang menjadi pelakon filem dengan jumlah kutipan terbanyak di Malaysia.


"Alhamdulillah, baru-baru ini saya dikejutkan apabila nama saya dimaklumkan sebagai artis Malaysia yang berlakon dalam filem-filem dengan jumlah kutipan keseluruhan paling banyak iaitu RM161 juta.


"Ia satu kesyukuran untuk diri saya yang dah hampir 40 tahun berkarya di dalam industri. Ini juga menjadi satu kebanggaan dan kejayaan buat diri saya sebagai anak seni.


"Saya berpegang kepada satu perkara iaitu, pengarah yang bagus akan melahirkan pelakon yang bagus.


"Abang Mamat nampak keselesaan saya di sudut komedi. Dia berjaya mencungkil karakter Husin dalam diri seorang Mat Rock. Sebelum ini, Afdlin juga nampak perkara sama," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Awie yang juga calon Top 20 kategori Aktor Filem dan Aktor Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35) berkata, seseorang pelakon itu perlu membuang ego dan meletakkan kepercayaan kepada pengarah.


"Untuk menjadi seorang pelakon yang versatil, kita perlu buang ego dan rasa malu. Kadangkala, kalau terlalu ego, kita akan menolak untuk melakukan apa yang pengarah minta.


"Sekiranya kita terlalu mengawal diri kita dari sudut itu daripada melakukan banyak benda, ia akan merosakkan.


"Kita, sebagai pelakon harus percaya bahawa apabila kita menandatangani kontrak dengan seorang pengarah, dia akan membawa kita ke peringkat seterusnya," katanya.


Terbaharu, Awie bakal muncul dalam filem komedi seram berjudul Sue-On yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Julai ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 04:25 PM | Show all posts
tahniah wi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:26 PM | Show all posts
total bayaran dia ke total kutipan filem2 dia berlakon?

so takde dah la sesi hempuk menghempuk bini lepasni kan...
bini heshe pun nampak macam reda ala2 zarina sabut nyoq.. lepasni boleh tiru si pulut rendang tu kena hempuk2 demi kelangsungan hidup...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sawie. Kiranya 161j tu full dia dapat payment ka sory iols tapaham sgt. Kalau bagi anak6 sorang 1j pun masih banyak balance, belikan sorang sebijik rumah siap2 wow kaya sawie
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sure ramai mengendeng dato ni….aweks aweks

retis lain…sila belajar dr dato ni
berlakon bertaun…still b40
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:34 PM | Show all posts
doubleA replied at 9-6-2023 04:27 PM
Tahniah sawie. Kiranya 161j tu full dia dapat payment ka sory iols tapaham sgt. Kalau bagi anak6 sor ...

bukan noks..tu total kutipan filem2 yg die belakon..contohnya filem zombie kg pisang kutipan die 10juta, pastu filem sembilu 20juta..so total 30juta


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2023 04:45 PM | Show all posts
kenapa dia tak mention tok sop...tok sop yang bawa dia kan, filem2 tok sop la yang miliyun2 kutipan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde kredit kpd tokusop?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi la kredit kat tok sop juga...tok sop yg cungkil bakat masa tok wi berlakon kayu...btway...kaka suke suare tok wi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:24 PM | Show all posts
tok sop suh sawie control macho, control suara, mimik muka
tak kluar bakat terpendam
so no credit tu tok sop
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 9-6-2023 05:24 PM
tok sop suh sawie control macho, control suara, mimik muka
tak kluar bakat terpendam
so no credit tu ...

Bam wie dgn tok sop dulu mcm bunyi robot skit..keras kejung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 9-6-2023 05:51 PM
Bam wie dgn tok sop dulu mcm bunyi robot skit..keras kejung..

Bukan bamwie sorang, semua yg belakon bawah toksop keras kejung…
Berlakon bawah pengarah lain helok pulak
Pastu masuk cerita polis jadi kayu kayan towards IR4.0 robotic balik..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham aku. Takkan awie yg dapat duit
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru betul org panggil BINTANG PILEM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 11:24 PM | Show all posts
Awie ni kira all-rounder la. Menyanyi pun hits, berlakon pun box office. Bukan senang nak maintain laku dari muda sampai berusia.

p.s Aku pun rasa patut bagi credit bapak Sol jua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
awie mmg the real legend la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Siaplah pasni kena korek dek lembaga #lhdn

Tapi tokwi berstatus bankrup kan
Atau dah bebas?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
fcl29 replied at 10-6-2023 12:17 AM
awie mmg the real legend la..

Tapi dia takkan sampai tahap ts p.ramli
Kalau ts p.rsmli, ajis & sudin berkarya di zaman la ni, mereka boleh jadi multimillionaire
Pelawak2 bodo yg jadi DJ tu semua kan terpelanting jauh ke belakang, boleh mereput dgn perkataan2 & aksi2 bodo mereka yg langsung tak lawak
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 9-6-2023 08:45 AM
kenapa dia tak mention tok sop...tok sop yang bawa dia kan, filem2 tok sop la yang miliyun2 kutipan. ...

Tok sop tak versatilekan dia ..nmpak dia mat jiwang je ..


Mamat khalid developekan dia jd komedian dlm movie2nya dia selesa watak2 tu semua . Tu yg diasebut mamat rasanya... Tok selam memperkenalkan dia ke layar perak je. So topik ni agakmya pd dia da waetwan , fokus pd perkembgan bkat dia di layar perak dan kutipan2 filemnya

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan duit dia la...jumlah kutipan filem2 yg dia berlakon...baca tajuk  dan perenggan pertama pun dah boleh faham apa maksud dia...

Watak dia dlm filem komedi lebih menyerlah...filem2 dia bersama YH dulu x pernah aku tgk sb x minat..walaupun tgk kat TV... filem hantu komedi adalah aku tgk kat youtube...cth filem hantu kak limah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list