CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1079|Reply: 9

Alyah Demam Menggigil-Gigil, Dikacau Suara Mistik Ketika Rakam Lagu Keroncong "Ada Yang Menyahut Nyanyian Saya"

[Copy link]
Post time 9-6-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Datin Alyah mendedahkan pernah berdepan dengan pengalaman mistik ketika mendendangkan lagu keroncong beberapa tahun lalu apabila diganggu dengan suara aneh sehingga demam.


Akibat gangguan tersebut, dia tiba-tiba jatuh sakit sehingga demam selepas selesai menyanyikan lagu keroncong berjudul Alunan Biola.


Foto: IG




“Pengalaman ini terjadi sekitar awal tahun 2000-an sewaktu saya merakamkan lagu Alunan Biola dalam studio Rentak 50 di Angkasapuri, RTM.


“Saya ingat lagi ketika saya menyanyikan rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain yang menyahut nyanyian saya.


“Bila saya mengadu pada ‘soundman’, dia beritahu memang sebelum ini pernah ada penyanyi lain mengalami pengalaman serupa,” kata Alyah kepada Kosmo! Online.


  



Ketika pulang ke rumah, Alyah berkata seluruh badannya menggigil dan demam pada keesokan harinya.


“Esoknya saya terus demam. Pengalaman ini memang saya akan ingat sampai bila-bila,” ujarnya.


Berkongsi penglibatannya dalam Konsert Keroncong Malaysia yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Ogos nanti di Istana Budaya, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu mengakui teruja untuk terlibat dalam konsert tersebut kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu berentak keroncong.


Lebih membuatkan Alyah teruja apabila dia bakal berkongsi pentas bersama barisan penyanyi legenda terkenal seperti Datuk Yusni Hamid dan Datuk Khadijah Ibrahim.


  



“Pada konsert itu nanti saya akan menyanyikan dua buah lagu keroncong. Judulnya saya tidak mahu beritahu lagi.


“Bila saya dapat tawaran untuk terlibat dalam konsert ini, saya rasa sangat seronok sebab dah lama saya tidak menyanyikan lagu keroncong. Saya kena berlatih dan asah semula nyanyian keroncong," katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Keroncong Malaysia di Istana Budaya, semalam.


Selain Alyah, Yusni Hamid dan Khadijah Ibrahim, konsert selama dua hari itu turut menampilkan penyanyi rock legenda, Datuk Awie serta penyanyi Korea, Han Byul dan akan diiringi dengan 40 pemuzik orkestra Keroncong Irama Perindu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 04:10 PM | Show all posts
ntah2 tu suara tokram
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:16 PM | Show all posts
fuhh scarryyyy....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
eh lain macam.  
kang tetibe sampai mimpi berkeroncong nnt
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 9-6-2023 04:10 PM
ntah2 tu suara tokram

Aku baru nk tulis gini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:51 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik...

dah lapuk la nokkkkk citer lagu2 berhantu siap terakam suara orang lain...
habistu takkan komposer ko tak reti nak remove audio tersebut???

eiuwwww stuck pada zaman 50an sangat citer ni... tau la laki tua tapi jangan la fikiran tu pun tua nyah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2023 02:35 AM | Show all posts
han byul pun ko jemput nyanyi keroncong yerr...

btw sheols bukan haritu kata nak pencen nyanyi ker? propa sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 08:02 AM | Show all posts
attention seeker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh la tokram ruqyah ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:01 AM | Show all posts
ada kisah misteri ke sebalik lagu tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.372221 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list