View: 425|Reply: 0
|
Menyanyi Di Kelab Dan Bar Penuh Pemabuk, Ramli Sarip Tak Pernah Sekali Pun Merokok Dan Minum Arak
[Copy link]
|
|
Datuk Ramli Sarip masih relevan sampai ke sini dan aktif membuat konsert.
Daripada satu konsert kepada satu konsert lain, di lokasi-lokasi berlainan, Ramli menjelajah membawa perjuangan muziknya yang kini berusia enam dekad.
Foto: IG
Persembahan terakhir beliau adalah di Dewan Filharmonik Petronas sempena konsert Syair Timur. 13 lagu dipersembahkan Ramli dalam persembahan hampir dua jam bersama barisan pemuzik handalan.
Tenaga dan kredibiliti penyanyi kelahiran Singapura ini ketika di pentas tidak dapat dipertikaikan.
Pada usia menginjak lebih tujuh dekad, tenaga dan kecergasan yang dimiliki hari ini adalah kurniaan Tuhan dan berkat kebijaksanaan menjaga diri.
“Saya tidak merokok dan tak pernah sentuh minuman keras. Maaf cakap, bukan saya baik, tapi nasib saya yang baik.
“Saya berasal dari kampung kemudian kerja sebagai penyanyi di kelab dan bar yang menjadi tempat berkumpul ramai wanita dan pemabuk. Tetapi saya tak pernah terikut-ikut, sebab mengenangkan pesan ayah.
“Lagi satu, apa yang saya ada sekarang adalah berkat doa mak ayah. Sebab itu, saya selalu pesan kepada generasi sekarang, berbaktilah kepada ibu ayah sebab doa mereka sangat penting,” katanya kepada Utusan Online. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|