CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 13

Fasha Sandha Gemuk Atau Kurus Aidil Aziz Tak Pernah Merungut, Nak Tambah Anak Tapi Jadual Kerja Dah Padat Sampai Tahun Depan

[Copy link]
Post time 9-6-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha bersyukur biarpun apa bentuk tubuh, namun suaminya, Aidil Aziz tidak pernah mempersoalkannya.


"Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.


Foto: IG




"Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri," katanya kepada Harian Metro.


Kata Fasha dia terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.




  



Dia berjaya menurunkan 10 kilogram (kg) kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru saja selesai menjalani ibadah berpuasa.


"Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.


"Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal," katanya.




  



Walaupun menginginkan bentuk badan yang kurus, Fasha berkata, dia enggan dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya dan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan terlalu kurus.


"Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya," katanya.




  



Baru-baru ini, Fasha kesal apabila ada pihak menuduh dia melakukan pembedahan bariatrik bagi menurunkan berat badan. Namun, individu terbabit sudah membuat permohonan maaf.


Dalam pada itu, Fasha belum bersedia menambah anak kerana komitmen kerjanya bersama Aidil. Jadual kerjanya sudah terisi hingga tahun depan.


Fasha melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020. Mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2019 yang juga perkahwinan kedua Fasha.




  



Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 6.


"Saya tahu Aisya mahukan peneman, cuma buat masa ini belum boleh lagi untuk menambah anak. Saya perlu melunaskan kerja dan begitu juga dengan Aidil.
  



"Nanti jika bercakap ada yang menganggap saya bermegah, cuma apa yang boleh saya katakan jadual kerja sudah terisi sehingga tahun depan. Insya-Allah sekiranya sudah selesai tanggungjawab, baru saya boleh memikirkan untuk menambah cahaya mata," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ckp dia kena kurus sebab dlm contract

dia pun memang pelakon berdedikasi

jelly tgk

tapi masa dia lps beranak pun ok je ..x nampak mcam sakit macam almy tu mcam gemuk bengkak air ghupe….
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 11:34 AM | Show all posts
tapi fasha kurus memang lawa yach.... teringat zaman era drama cinta canduri gaytohhhh...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 02:40 PM | Show all posts
dia mmg berdisiplinkan, rasanya kalau dia nak kurus dia mmg buat bersungguh-sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 03:15 PM | Show all posts
kita pun tau sapa yg beli beras in this marriage
dah lama si edel nak tambah anak, ada satu vid tu
fasha dgn sinis - ckp senang lar nak tambah anak, kita yg susah tauuu!
what kind of a wife yg sekufu will say such a thing in public to the hubs?

mcm kalo dia tak berlakon, jadi spokesperson, satu rumah boleh mati kebuluran tak mkn

but since bini yg earning more, laki have zero say
yg mengandung bawa perut tu bini, bkn laki
knp nak kena kaitkan jadual kerja laki dia jugak

asalkan korg bahagia yer tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 04:39 PM | Show all posts
Fasha wear the pants in the relationship
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang cantik dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wehhh anak dia dgn edel cantik. I suppprt fasha beranak ramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 9-6-2023 03:15 PM
kita pun tau sapa yg beli beras in this marriage
dah lama si edel nak tambah anak, ada satu vid tu
f ...

Kadang nampak dia ni macam try hard nak tunjukkan dia humble & relatable.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol merempan kt ig story yach, macam sejak dh makin kuruih cantik kebabom ni ada yg sakit hati dengki dgn sheols. Chill la.. bkn now day sheol tunjuk terpaling positif terpaling humble ke..then why la bother dgn ckp2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 11:49 AM | Show all posts
mizzy replied at 11-6-2023 09:04 PM
Kadang nampak dia ni macam try hard nak tunjukkan dia humble & relatable.

dan tak faham knp dia kurus jadi such news worthy
mcm pada dia satu pencapaian terbaik dlm hidup
cringe gila tengok dia pura2 makan byk tapi maintain kurus sebab dok telan timbang kilo
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli yang dia joget2 dengan laki dia macam mukadimah nak ngeseks Jah
Btw memang cantik Sheila kurus. Kulit nampak cerah dan bersih. Badan nampak kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 02:14 PM | Show all posts
nampak mcm fs jer yg kerja cari duit...yg laki dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:39 AM | Show all posts
Badan berisi salah, kurus slim pun salah hm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077777 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list