CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 9

Baru Nak Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Lia Aziz Gerun Tengok Artis Cerai-Berai

[Copy link]
Post time 9-6-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Lia Aziz, 20,  berpendapat pasang surut hubungan dalam rumah tangga adalah lumrah kehidupan dan suami isteri harus saling faham serta menghormati.


Namun dia sebenarnya berasa gerun juga apabila melihat kisah tular berkaitan kemelut rumah tangga pasangan selebriti kini hangat di media sosial.


Foto: IG




"Tahun ini rasanya satu cabaran juga kepada pasangan selebriti dengan rantaian kisah kemelut rumah tangga yang berlaku. Sekarang, apabila buka saja media sosial pasti ada bermacam cerita rumah tangga selebriti dikongsikan. Jadi, ada jugalah rasa gerun dalam hati saya.


"Tak dinafikan masalah dalam rumah tangga ini ada bermacam-macam. Setiap pasangan berkahwin berhadapan ujian masalah berbeza. Cuma, doa saya semoga semuanya dapat diselesaikan dan berakhir dengan baik," katanya kepada Harian Metro.




  



Lia yang bakal meraikan ulang tahun pertama perkahwinan dengan suami juga pemain gitar kumpulan Tree Hill, Arash Azimi Anuar, 25, pada 23 Julai depan berkata, dia kini semakin memahami rencah hidup berumah tangga.


"Orang selalu kata, lima tahun pertama dalam fasa perkahwinan itu tidak mudah dilalui. Pasang surut dalam perhubungan suami isteri pasti ada. Namun, saya dan suami selalu berkomunikasi untuk berbincang masalah kami.


"Alhamdulillah, bulan depan (Julai) dah setahun kami berkahwin. Saya berdoa agar rumah tangga kami terus bahagia dan tidak berhadapan dugaan besar. Kami pasangan baharu dan masih banyak lagi perlu dipelajari dalam rumah tangga," katanya.




  



Penyanyi lagu Kucu Kuca ini berkata, dia teruja akan muncul dengan single baharu, Kerana yang bergenre balada tidak lama lagi. Katanya, rezeki selepas berkahwin masih ada dan dipermudahkan Allah.


Lia yang bakal menggenggam diploma dalam jurusan muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tahun ini berkata, dia merancang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pula.


  



"Saya bercadang melanjutkan pengajian untuk ijazah selepas ini, tapi keputusan belum diputuskan lagi sebab saya pun aktif dalam karier nyanyian yang menjadi fokus utama," katanya.


Terdahulu, Lia membuat keputusan berani apabila bernikah pada usia remaja iaitu 19 tahun selepas percintaan selama dua tahun dengan suami, Arash mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.


  



Lia berkata, dia tidak pernah meletak sasaran pada usia tertentu untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri. Ujarnya, jadi apabila jodoh sampai awal dia menerimanya dengan setulus hati. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 11:27 AM | Show all posts
who iz yuhhhh... mujur la laki herlok jugak so tak jadi nak kecam...

begini lah contoh yang semua retis sendu sejuk beku tak berupa patut contohi..
kalau chuols buat gosip sendu tah pape sila sertakan gambar laki herlok...

maka acik2 porum pun tak jadi nak kecam... contohnya si joyah repah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 11:55 AM | Show all posts
nk tgk muka hubby dia tapi ig xleh tgk la pulak... sedih!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ko ni...
Lagu apa tu?
Kucar kacir?
Adoih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allahu Rabbiiiiii
Siapa Liar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wow rajinnya sheols kawen awal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2023 02:31 PM | Show all posts
kalau org kebas laki kau pun takdenya orang nak bukak thread banyak2 dek
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya kahwin awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 03:11 PM | Show all posts
geng-geng Big Stage season dia best

untung dia dapat masuk season tu

tapi suara dia, susah nak sustain jangka panjang kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 03:14 PM | Show all posts
Whoayus ha?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.129870 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list