CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Ah Long' warga emas, keldai akaun ditahan

[Copy link]
Post time 8-6-2023 09:08 PM | Show all posts |Read mode
'Ah Long' warga emas, keldai akaun ditahan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 8, 2023 @ 7:15pm bhnews@bh.com.my







BAYAN LEPAS: Lelaki berusia 62 tahun, di Batu Maung, di sini, hari ini ditahan kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

Menerusi kenyataan IPD Barat Daya, lelaki berkenaan ditahan di tepi Jalan Batu Maung 1, di sini, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sejurus menerima maklumat.

Katanya, suspek warga tempatan itu mensasarkan pelanggan di sekitar Batu Maung termasuk pelanggan warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh.

"Lelaki terbabit memberi pinjaman antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sebanyak 10 peratus sebulan sehingga peminjam melangsaikan jumlah penuh pinjaman.

"Hasil semakan pada telefon bimbit suspek menemukan pesanan mesej dan pesanan mesej suara menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan urusan pinjaman wang antara suspek dengan pelanggan.

"Turut ditemukan ialah gambar pelanggan yang membuat pinjaman wang manakala suspek dan barang rampasan sudah diserah kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sementara itu dalam perkembangan lanjut,seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun ditahan kerana disyaki dijadikan 'keldai akaun' oleh sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui dalam talian.

Menurut kenyataan IPD Barat Daya, penahanan dilakukan di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini, membabitkan kes yang dilapor pada Mei tahun lalu.

"Ia membabitkan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa sebanyak RM11,727 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu polis menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan dalam talian," katanya lagi.

Antaranya membabitkan penipuan jual beli dan pinjaman; pelaburan tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara, macau scam, love scam atau parcel scam menerusi media sosial.

Polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberi suspek di Portal Jabatan Jenayah Komersil PDRM menerusi pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun aplikasi menerusi Google Play sebelum membuat sebarang transaksi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah boleh salurkan ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (Aplikasi WhatsApp) atau laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi Aplikasi Messenger.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.161296 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list