CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1042|Reply: 15

Bekas Koperal Polis Terlepas Hukuman Gantung, Diganti Penjara 10 Tahun

[Copy link]
Post time 8-6-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati terhadap bekas koperal polis kerana membunuh anak tirinya, Hanis Amanda Mohd Zafil yang berusia dua tahun pada 2015, kepada penjara 10 tahun.


Oleh itu, Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 42, terlepas hukuman gantung bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.








Panel hakim yang terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Khairuanuar yang merayu terhadap sabitan dan hukuman mati.


Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 6 Jun, Azman berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah mendapati Mahkamah Tinggi tersilap dalam mensabitkan Muhammad Khairuanuar atas kesalahan membunuh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang menyebabkan kematiannya.


Beliau berkata, mahkamah berpendapat keterangan daripada pihak pendakwaan kurang dalam membuktikan bahawa Muhammad Khairuanuar mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu amat berbahaya sehingga kemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, atau kecederaan badan itu berkemungkinan menyebabkan kematian.


Hakim itu berkata, berdasarkan keterangan seorang saksi pendakwaan yang tinggal di kondominium tersebut bahawa dia mendengar kanak-kanak itu menjerit kira-kira 3 petang dan masih hidup pada 5.20 petang.


Saksi itu turut melihat kanak-kanak berkenaan terbaring sambil memegang botol susu di hadapan televisyen selepas itu.


Muhammad Khairuanuar didakwa membunuh Hanis Amanda di sebuah rumah di kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 7 pagi dan 7.30 malam pada 6 Nov 2015.


Dia didapati bersalah terhadap pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021. Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan.


Bapa kandung kanak-kanak itu dan ibu tirinya memberi keterangan bahawa mereka menyedari terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak itu terutamanya pada bahagian rusuk dan pehanya semasa berada dalam jagaan mereka antara 17 Okt 2015 dan 19 Okt 2015.


Bapa Hanis Amanda juga memberi keterangan di mahkamah bahawa anaknya sakit dan memberitahu "apa Bi" yang menyebabkan lebam itu. Menurutnya "apa Bi" yang disebut oleh anaknya itu merujuk kepada Muhammad Khairuanuar.


Ibu bapa kanak-kanak itu bercerai pada 2013 dan ibunya berkahwin dengan Muhammad Khairuanuar, manakala bapanya berkahwin dengan wanita lain.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bior betul??? sbg pulis...dia TAK TAU mende yg dia buat tu boleh mendatangkan kecederaan dalaman kt bdk tu....konpius aku...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pendakwaan yg lemah. tkde nak merayu ke. pukul budak 2 tahun. yg membawa kematian. tak kan 10 thn je
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni makin byk penderaan slow mcm ni yg menyebabkan kematian..sbb tahu pendakwa susah nk buktikan dgn niat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada hayat anak ni.. dah sekolah darjah 4
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk umo 2 tahun mmg kecik sgt. Anak buah meols wpon x berapa cute tapi meols syg sgt. Peluk2 dia..bwk lepak kat balcony...tiupkan belon byk2 penuh 1 bilik sampai x jumpa mana bdk tu. Bapak kandung pon dah tgok anak lembam2 pon x mampu buat apa. Mak lagi la pulak. Mmg xde sapa syg bdk ni hatta mak pak kandung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey Arwah Hanis baby tu. Tgk kat internet. Sian dia. Innalillahiwarouhjiuon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 8-6-2023 10:22 PM
Comey Arwah Hanis baby tu. Tgk kat internet. Sian dia. Innalillahiwarouhjiuon.

Tgk kat mana u?Ak xphm betul la jnis pendera ni. Budak perempuan kot. Depa tu x dakla lasak mcm budak lelaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 11:56 PM | Show all posts
untung laaa lepas kat dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:38 AM | Show all posts
mejaputih replied at 8-6-2023 09:13 PM
Lps ni makin byk penderaan slow mcm ni yg menyebabkan kematian..sbb tahu pendakwa susah nk buktikan  ...

tetap masuk dalam.... cuma x kena gantung ja.
time nak masuk dalam tu warder dah ckp kt banduan lain, pukul budak
dengan title ex polis pulak, lagi teruk mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:52 AM | Show all posts
bunuh orang lepas macam tu je? 10 tahun je...tu bunuh budak umur 2 tahun....sebab tu pemandu mabuk langgar mati orang bayar denda je...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 09:05 AM | Show all posts
s@s@ replied at 9-6-2023 08:38 AM
tetap masuk dalam.... cuma x kena gantung ja.
time nak masuk dalam tu warder dah ckp kt banduan la ...

yes to this specific case.
tp ia akan jadi rujukan pada org awam dan kes sebegini akan berterusan, sbb tahu hukuman tak berat sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 09:33 AM | Show all posts
Polis keparat tu pukul budak tu sampai mati mmg Celaka sungguh polis2 ni sumer puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 09:37 AM | Show all posts
ini bukan anak tak menjadi...teruih bunuh anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dari hukuman gntg ke 10thn je
skrg tgl 2/3 thn je lagi kot kat dlm tu. keluar penjara muda gagah perkasa lg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ipanimanz1 replied at 8-6-2023 11:32 PM
Tgk kat mana u?Ak xphm betul la jnis pendera ni. Budak perempuan kot. Depa tu x dakla lasak mcm bu ...

I cari kat internet chrome. Lepas tu tekan instead of all, tekan image, haaa tada keluar image
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.063367 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list