CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5520|Reply: 48

Isu Kuna Tak Dibenarkan Bergambar Dengan VIP Kerana Berstatus Janda, Bekas Abang Ipar Failkan Saman Fitnah Ke Atas Kuza Dan Kunie

[Copy link]
Post time 8-6-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar memfailkan saman fitnah terhadap dua pelakon yang juga bekas adik iparnya, Kuza dan Kunie.


Ini berikutan tular dakwaan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna tidak dibenarkan bergambar dengan tetamu kehormat dalam satu majlis perkahwinan kerana berstatus janda.


Kunie, Kuza, Kuna, Foto: Google




Saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, 8 April lalu melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates.


Selain Rizalman, 51, turut menjadi plaintif dalam saman fitnah itu ialah anak lelakinya, Nik Muhammad Hakimi, 27, iaitu anak sulung hasil perkahwinan mereka sebelum bercerai pada 2001.


Writ saman itu menamakan Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Muzani dan adiknya, Kunie atau nama sebenarnya Tengku Sariwani sebagai defendan pertama dan kedua.




Rizalman, Foto: mStar




Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Rizalman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Nik Muhammad Hakimi mendakwa dua beradik itu (Kuza dan Kunie) mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka melalui laman sosial Instagram dan TikTok sekitar Februari lalu.


Kenyataan yang dikatakan fitnah itu dikatakan berkaitan dengan Kuna pada majlis perkahwinan Nik Muhammad Hakimi dengan anak Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada 17 Februari lalu.

BACA: Kuna Dihalang Bergambar Bersama VVIP Ketika Majlis Perkahwinan Anak? "Hina Ke Jadi Janda?Malu Ke Dengan Mak Sendiri?"


Sehari sebelum majlis persandingan, satu raptai diadakan memandangkan tetamu jemputan kehormat majlis sebenar turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


Pada majlis raptai itu, Kuna turut dijemput untuk persiapan majlis bagaimanapun selepas majlis raptai selesai, pihak pengantin lelaki dan perempuan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara hanya dua wakil bagi setiap keluarga dibenarkan untuk berada di dalam bilik menunggu yang menempatkan pasangan diraja itu bagi tujuan bergambar.


Foto: IG




"laintif pertama (Rizalman) memilih untuk hadir dengan isterinya, Datin Syazlina Bahardin menyebabkan plaintif kedua (Nik Muhammad Hakimi) terpaksa memaklumkan ibu kandungnya, Kuna tidak boleh hadir bersama dengannya ke bilik menunggu bagi mengelakkan percanggahan protokol berkenaan sesi penggambaran yang ditetapkan oleh Istana Negara.


"Apatah lagi ia bukan majlis sebelah plaintif sebaliknya majlis pengantin perempuan. Selepas plaintif kedua memohon maaf sebagai tanda hormat dan memaklumkan perkara itu, Kuna memberitahu plaintif kedua melalui nota suara WhatsApp beliau terima ketetapan itu dan tiada sebarang masalah atau pertikaian timbul pada malam 16 Februari lalu," kata penyataan tuntutan itu.


Pada majlis diadakan pada 17 hingga 19 Februari lalu, Kuna ditempatkan semeja dengan Rizalman dan isterinya yang turut menempatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri, Timbalan Menteri Pertahanan bersama isterinya dan beberapa kenamaan lain.


Kuza dan Kunie juga hadir dan ditempatkan di meja kenamaan serta diberi layanan istimewa selaku keluarga terdekat plaintif kedua.


Bagaimanapun, pada 26 Februari lalu, Kunie didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya mempertikaikan mengapa kakaknya, Kuna tidak dibenarkan berada di bilik menunggu bersama-sama kenamaan lain dan mendakwa kejadian itu berlaku kerana pelakon itu berstatus janda.


Kenyataan itu turut disokong oleh Kuza yang turut mengeluarkan komen berbaur fitmah di bahagian komen dan turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah di laman Instagram miliknya sendiri.


Kunie juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui video yang diterbitkan di laman Instagram miliknya dan video sama disiarkan semua di laman Instagram milik Kuza.


Sehubungan itu, Rizalman dan anaknya, Nik Muhammad Hakimi memohon perintah injunksi dikenakan terhadap Kuza dan Kunie bagi menghalang mereka atau ejen-ejen dua beradik itu mengeluarkan atau menerbitkan semula kenyataan fitnah itu dalam apa jua bentuk dan medium.


Turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.


Semakan pada sistem mahkamah mendapati saman fitnah itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Jun ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 05:51 PM | Show all posts
tu dia... jgn la nk memasal ngn org have2 nie.. lgpn apa2 yg ko up kt sosial media nie.. senang viral n tu pn dh kira bukti.. utk pertuduhan ataw pembelaan.. beware la ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tuuuuu diaaaa sampai saman bagai
dasyat wei bbip kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pasal gelojoh si Kuza aritu la..dia yg mula2 cari pasal..Kuna ok je asalnya..tapi kena cucuk ngan adik2
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
org kayooo.. ape pn boleh.. saman org miskin pulak tu.. jahat betholl
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorat sangat...padan muka sek2 mu.. padahal korang tu kerabat patut biasa dah dgn protokol2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2023 06:24 PM | Show all posts
Orangkaya99 replied at 8-6-2023 06:03 PM
org kayooo.. ape pn boleh.. saman org miskin pulak tu.. jahat betholl

miskin ke keluarga kuna kuza kunie ni...  sebab masa kes ni jadi, bukan main kuza kunie mengungkit salahsilah keturunan bapak di...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib lah... Dah semua nak canang kat sosmed... Tak boleh ke ko baca sumpah seranah sambil mentera senyap2 je kat belakang...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rse kuna yg melebey2 dulu.dia yg dok kata kat kuza sambil nangis2 yang dia tak dpt amek gambar sebb janda.. dia yg melebey2 over buat cerita.  So si kuza yg dgr tanpa selidik dulu bertanya dulu pon meletooppp laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 06:52 PM | Show all posts
Tu dia nak kawen pun payah. Lain kali byk duit buat majlis asing2. Mu, anakmu, menantu, kuna kuni n family mu sudahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa pon gagah la nak mnyaman.  Lebih kepada isu sental je pon.. duit byk xtahu nk bt apa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai nak padankan muka batu api 2 org ni
Kuna ok aje memula. Dlm IG pun elok aje ltk gambar2 anak menantu.
Tiberrrr 2 ni jadi batu api. Pastu hilang dah gbr kahwin anak menantu.

Kuna kunie ni siap letak video keturunan diaorg kan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ler.. carik pasal ngan vvip, mejelis belah perempuan pulak tu, bukan mejelis anak sendiri.
Anak sedara tu confirm la putus sedara ngan mak2 sedara itu..
Dah tau retis, orang ramai kenal, beragak2 lah sket nk merempan thru socmed
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti play victim la.... "mentang2 kami x kaya.. gamak buat kami mcm ni...."

Ha gitu lah lbh kurang ayat playvictim nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg set2 mung style gitu kan????? Dtg ramai2... x peduli org selesa ke x.... tapi nak dilayan vvvvip..... x layan... buat lah drama... simpang lahhh malaikat 44 dgn set2 mung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih la pulak.. tapi nak buat mcmmana.. terlajak perahu boleh diundur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau i jd ank kuna i ckp jer daddy dont saman ontie la..hishh gaduh sesama sendiri..btw kuna tu kakak rupanya..ingt kuza kakak..dorg ni kazen abe yeh khenz
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish… srh mntk maaf sudah la. X perlu la smpi saman2…
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Orangkaya99 replied at 8-6-2023 06:03 PM
org kayooo.. ape pn boleh.. saman org miskin pulak tu.. jahat betholl

Berani u ckp diaorg miskin? Nanti kuza kunie up balik keturunan diaorg sambil meratap
Hina kah kami hinakah kami?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 8-6-2023 10:01 PM
kalau i jd ank kuna i ckp jer daddy dont saman ontie la..hishh gaduh sesama sendiri..btw kuna tu kak ...

kann.. aku pon pelik tang anaknya.. x bape baik kot.. kalo baik, apa salahnya allocate satu lg slot utk kuna join bergambar.. ni ikut sgt protokol tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.070442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list