View: 714|Reply: 3
|
'Perang' Selesai! Atu Zero Dah Ambil Bayaran, Bermaaf-Maafan Dengan CEO Awesome TV
[Copy link]
|
|
Selepas beberapa bulan 'perang', Atu Zero akhirnya mengesahkan sudah menerima tunggakan bayaran hasil kerjanya daripada Awesome TV.
Isteri Atu iaitu Shafeeqa Johari berkata, dan dan suaminya hadir ke pejabat Awesome TV di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bagi mengambil bayaran berkenaan pada petang Rabu.
Shafeeqa berkata, mereka yang ditemani Shahrol Shiro turut bersua muka dengan Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan, Datuk Adam IIyas.
Foto: IG
"Baru semalam pukul 6.30 petang kami mengambil bayaran yang diberikan di pejabat urusan Awesome TV sendiri.
"Kami ditemani Shahrol pada pertemuan itu kerana bimbang, manalah tahu timbul pergaduhan atau perselisihan faham," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, enggan mengeruhkan keadaan, hubungan Atu dan Awesome TV kini sudah kembali jernih apabila mereka saling bermaaf-maafan ketika pertemuan berkenaan. Kata Shafeeqa semua masalah yang dibangkitkan sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik.
"erkara itu sudah diselesaikan dengan baik dan kami juga sudah memohon maaf atas apa yang berlaku.
"Alhamdulillah, kami sudah bersalaman dan ambil gambar bersama," katanya.
Pada April lalu, Atu meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada Awesome TV yang masih tertunggak selepas menyelesaikan penggambaran sebuah program.
Lebih malang kata Atu, dia terpaksa menggunakan wang sendiri sepanjang penggambaran namun apabila menuntut bayaran dijanjikan dia diberi pelbagai asalan sehingga terpaksa mendedahkan perkara itu kepada umum. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn...elok dh ..bila sanggup jumpa bincang..selesai daa. Okla tv ausome pun xnk pjng cite.
Slh fhm staff seblm ni dgn atu.
Rezeki Atu dpt semua byrn. |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah viral semua baru gigih si leher balung ayam jabba the hut tu bayor...
kalau tidak sampai ke mamposs ko duk menayang kete mewah berbijik2 sambil tak bayar duit2 orang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|