View: 758|Reply: 6
|
Watie Tak Peduli, Tak Terkesan Langsung Dibanding-Banding Dengan Arwah Sarah "Baca Juga Komen Tapi Tak Ambil Hati"
[Copy link]
|
|
Watie Hanifiah mengakui dirinya tidak terkesan apabila terus-terusan dikecam netizen sejak mengambil keputusan nak berkahwin dengan Shuib.
Katanya dia kerap membaca komen-komen negatif dari netizen, namun tidak mengendahkannya.
Foto: IG
“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,” katanya kepada XTRA.
Kerap dibandingkan dengan Allahyarhamah Siti Sarah, Watie lebih memilih untuk menerima pendapat bakal suaminya, Shuib dan ahli keluarga yang lain.
“Tak tahulah sebab kami tidak pernah berbincang tentang perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.
“Saya macam baca je tapi habis setakat di situ sahaja. Bagi saya, saya nak hidup bersama dia (Shuib) dan anak-anak. Jadi pada saya pandangan yang saya perlu ambil kira adalah daripada dia, anak-anak dan keluarga.
“Bagi saya, orang luar punya pandangan tu tak penting sebab saya tak pernah fikir. Yang saya nak lalui kehidupan saya yang akan datang ni dengan keluarga dia dan saya."
Watie juga mengatakan sebelum ini dirinya hanya menyerahkan jodohnya bersama Shuib pada takdir kerana tidak menjangka sejauh mana hubungan mereka berhasil.
“Kami masa belum berkawan pun, kami tak jangka hubungan ini akan sejauh ini. Kami macam kalau ada, ada. Kalau takda pun kita terima sebab kita tahu kehidupan tu, jodoh tu Allah yang tentukan.
“Kalau kita nak sangat pun tapi jodoh tu Allah tak tentukan, macam tu juga,” jelasnya.
Terdahulu, Shuib dan Watie tampil mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 23 Jun ini.
Hasil persetujuan kedua-dua belah pihak, Shuib dan Watie hanya akan mengadakan majlis akad nikah sahaja tanpa sebarang majlis resepsi. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya Watie. Untunglah Shahmira dan anak2. Bagusnya Shahmira. Untunglah Watie. |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke bangang nak rasa terkesan dengan orang yang dah takde?
netizen2 yang komen tu pun sama bangang dan patut sama2 arwah...
dia ni kahwin dengan seorang duda kematian isteri... bukannya sondol laki orang sampai dia perlu rasa susah hati di banding bandingkan... yihhhh...
yang pasti dedua dah basi dan tak herlokkkk... mari kita beralih ke channel animal planet.... |
|
|
|
|
|
|
|
go gurllllllllllllllllllllll |
|
|
|
|
|
|
|
go minimalist je watie, takyah mekap tebal sangat.. soeb pun takyah nak acah hensem sgt, tahulah sejak bini jadi arwah tiba2 menyemat balik
Tanam rambut bagai, habis hensem dah tu agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia senyum mcm nmpk palsu? ke gigi tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|