View: 149|Reply: 0
|
Lukaku sebak menjelang final Liga Juara-Juara Eropah
[Copy link]
|
|
Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku sentiasa meraikan jaringan dengan menunjuk isyarat ke langit sebagai tanda ingatan kepada datuknya. - Foto AGENSI
MILAN: Penyerang Inter Milan, Romelu Lukaku tidak dapat menahan air mata menjelang aksi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City.
Bintang Belgium itu sebak apabila teringatkan mendiang datuknya, yang memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Lukaku, 30, berharap akan dapat menerajui jentera serangan Inter bertemu City Sabtu ini.
The Nerazzurri belum pernah memenangi gelaran tertinggi Eropah itu sejak memenangi treble di bawah kendalian Jose Mourinho pada tahun 2010.
Jika berjaya, mereka turut mampu menghalang City daripada memenangi kesemua tiga kejuaraan utama musim ini.
Lukaku kembali ke Inter sebagai pemain pinjaman dari Chelsea pada musim panas lalu.
Masa depannya di Stamford Bridge masih menjadi tanda tanya selepas pelantikan pengendali baharu, Mauricio Pochettino.
"Datuk saya adalah peminat nombor satu saya, setiap kali saya bermain, ia adalah untuknya. Semua yang saya lakukan, jaringan saya, adalah untuknya.
"Saya berjanji kepadanya yang saya akan menjaga ibu saya, ketika saya berusia 12 tahun.
"Setiap kali saya melihat emak saya di tempat duduk penonton, saya lihat kepadanya (datuk) dengan menunjuk jari ke atas.
"Tidak kira menang atau kalah, saya akan tetap harungi. Dia adalah segalanya bagi saya," kata Lukaku. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -juara-juara-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|