CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 4

Gerakan Gesa Jocelyn Chia Diharamkan Masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 8-6-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Dek menghina dan mengeluarkan kata-kata menyinggung rakyat Malaysia, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap pelawak dari Singapura.


"Ini termasuk kalau boleh menyekat pasportnya daripada memasuki Malaysia," ujar Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee.


Tambahnya, penghinaan terhadap negara menerusi lawak jenaka yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy mengundang kemarahan rakyat di negara ini.




Sinar Harian




“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.


"Itu sensitif kerana mangsa terlibat sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan kententeraan Malaysia yang terlibat dalam misi MH370," katanya dalam satu kenyataan.


Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan Gerakan menambah lawak menghina dan sensitif itu juga dikhuatiri akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.


Beliau bagaimanapun mengingatkan, tidak bermakna jika Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.


Sehubungan itu, beliau menyeru Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan terhadap pelawak dari negara jiran itu.








Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gerakan pun lg ganteng drp pmx
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 03:36 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g: Gerakan pun lg ganteng drp pmx ...
yg tu jaga perot sndiri je... Haha[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sekali dia jwb....:
pinggan x retak nasi x dingin...
worang x nak..kita lg x hingin...
                     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.238099 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list