CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 1

Keputusan Permohonan Injunksi Syamsul Yusof Pada 14 Ogos

[Copy link]
Post time 8-6-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan permohonan injunksi pengarah, Syamsul Yusof, 39, terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 39, akan ditentukan pada 14 Ogos ini selepas sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah.


Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, permohonan injunksi itu juga sudah ditukar kepada inter-parte mahkamah meneliti kedua pihak berbanding ex-parte atau sebelah pihak sebelum ini.




Foto: Harian Metro




"Kami juga sudah memaklumkan kepada pihak hakim supaya senang berbincang berkenaan isu-isu. Ada kemungkinan perkembangan terkini kalau semuanya berjalan lancar, mungkin akan rekodlah.


"Sama ada injunksi itu dikekalkan atau diketepikan sehingga akhir, mahkamah akan telitilah alasan-alasan kedua-dua pihak sebab injunksi yang diperoleh tempoh hari adalah daripada satu pihak.


"Jadi ia ditukar kepada inter-parte dan hakim akan dengar daripada kedua-dua pihak. Hakim akan buat keputusan sama ada diperlukan atau sebaliknya," katanya kepada Harian Metro.


Akberdin berkata, pihaknya memang membantah injunksi yang diminta Syamsul dan disebabkan itu mereka memasukkan afidavit jawapan pada sebutan hari ini.


"Ini adalah kebebasan bersuara dan tak bolehlah kekang. Kebebasan bersuara di bawah perlembagaan persekutuan kan. Kita tak boleh aibkan, fitnah orang lain asalkan kita jaga perimeter itu, kita boleh bersuaralah," katanya.


Akberdin memaklumkan pihaknya juga sedang berunding untuk kes-kes lain di samping kes hari ini.


Katanya asas kepada injunksi itu adalah nusyuz dan tiada apa-apa kes baharu berbangkit.


Sementara itu, peguam Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan sudah menerima afidavit jawapan daripada pihak Puteri Sarah.


"Hakim mengarahkan untuk memasukkan hujah dan keputusan berkenaan dengan perintah injunksi ini adakan diputuskan pada 14 Ogos," katanya.


Pada tarikh terbabit, kedua pihak perlu hadir.


Terdahulu, pada 28 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan Syamsul untuk mendapatkan perintah injunksi lanjutan terhadap Puteri Sarah sehingga hari ini.


Ia adalah perintah menghalang Puteri Sarah daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk atau medium.


Injunksi berkenaan adalah lanjutan kedua yang dimohon oleh Syamsul dibuat secara ex-parte atau sebelah pihak. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 08:44 AM | Show all posts
okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy sooooooooooooooo?aku saje komen n dptkan kacang jeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.041804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list