CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Perlis] Mat Salleh muncul juara Himpunan Lembu Sado Utara 2.0

[Copy link]
Post time 8-6-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-6-2023 10:08 AM

Mat Salleh muncul juara Himpunan Lembu Sado Utara 2.0

oleh    ROSHILA MURNI ROSLI   08 Jun 2023     08:10am





Khairul Anuar bersama Mat Salleh setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Himpunan Lembu Sado Utara 2.0.




PADANG BESAR - Seekor lembu jantan dari baka Charolis seberat 1,009 kilogram muncul juara keseluruhan Himpunan Lembu Sado Utara 2.0 yang diadakan baru-baru ini.

Pemilik lembu berkenaan, Mohd Khairul Anuar Mohd Nawi, 36, berkata, lembu kesayangannya itu turut memenangi kategori King of Sado Charolis pada pertandingan berkenaan.

Katanya, lembu yang diberi nama Mat Salleh itu dijaga sejak ia dilahirkan di ladang ternakannya di Jalan Kem Rimba Mas di sini empat tahun lalu.



Kharul Anuar bersama piala yang dimenanginya pada pertandingan terbabit.





"Saya mula bawa Mat Salleh sertai pertandingan pada tahun lalu ketika Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis, masa tu pun dia dapat juara.

"Tahun ini saya cuba nasib bawa Mat Salleh masuk peringkat utara mewakili Perlis, tak sangka pula kali ini menang besar," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Menurutnya, pertandingan itu bukan yang terakhir buat Mat Salleh kerana dia masih 'mengintai' peluang-peluang lain di masa hadapan.

"Insya-ALLAH kalau ada peluang lagi, saya teringin juga nak bawa lembu kesayangan ini ke pertandingan yang lebih besar seperti peringkat kebangsaan.


"Setidak-tidaknya boleh juga kumpul pengalaman dan jumpa rakan-rakan dalam bidang yang sama," katanya.



Khairul Anuar bergambar bersama Mat Salleh (kiri) dan Rem Rem.



Khairul Anuar berkata, dia turut mempunyai lima ekor lagi lembu daripada baka yang sama di ladang ternakannya.

"Saya memang minat lembu jenis baka hybrid ini, mungkin ke depan nanti saya nak cari baka lain pula," katanya.

Ujarnya, terdapat juga individu yang cuba merisik untuk membeli Mat Salleh, tetapi setakat ini belum ada tawaran yang kena dengan harga.

Dalam pertandingan terbabit, seekor lagi lembu milik Khairul Anuar iaitu Rem Rem yang berusia 11 bulan turut muncul juara bagi kategori Prince of Sado Belgian Blue.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045079 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list