View: 673|Reply: 8
|
Ayda Jebat Kesian Mangsa Road Bully Tengah Dengar Lagunya Ketika Dikasari
[Copy link]
|
|
Ayda Jebat kecewa dengan kejadian pemandu wanita dikasari seorang lelaki seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Terkejut dengan insiden tersebut, penyanyi dan pelakon itu melihat kejadian sebegitu sebagai tidak patut berlaku.
IG
“Saya sangat terkejut bila lihat video berkenaan. Bayangkan seorang lelaki menyerang secara verbal dan fizikal terhadap seorang wanita walaupun wanita itu telah meminta maaf berkali-kali.
“Jujurnya memang kasihan melihat wanita itu yang menjadi mangsa kekasaran. Lebih-lebih lagi dia sedang ikut nyanyi lagu saya ketika kejadian berlaku, lagi saya rasa berasa tersentuh.
“Walaupun mungkin wanita itu melakukan kesalahan ketika memandu, tetapi pemandu lelaki itu tidak ada hak untuk berbuat demikian. Apa-apa pun cuba selesaikan dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Ayda mengulas mengenai video tular seorang lelaki yang menunjal kepala seorang wanita yang sedang memandu kereta semalam.
Menerusi video berkenaan, mangsa sedang mendengar dan menyanyi bersama lagu nyanyian Ayda iaitu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti).
BACA JUGA: Marah Kena Potong Di Selekoh, Lelaki Tunjal-Tunjal Kepala Gadis - 'Kau Nak Kenal Aku Siapa? Pecah Muka Kau Nanti!'
BACA JUGA: 'Bro Ni Tunjal Kepala Anak Orang Sebab Risau Bini Dia Tengah Hamil 8 Bulan'
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Menangguk di ayer keroh....yihh... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti harap2 jantan babi gunda tu kena hempuk pakai lesung batu sampai pengsan...
Kemudiannya di sumbat ke dalam rumah asuhan si bainon tu biar dia siram babi tu pakai air coway panas dan jirus2 macam sup gearbox... Lepastu suruh aiman fakri tu naik motor heols pakai untuk merempit cari cikaro... suruh eman tu pergi beli minyak kat petronas dan bakar jantan tu kat tepi loji kumbahan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahha boleh la ayda mencapub. Asalkan ade sipi2 kena mengena |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai perlu ke sebut psl lagu tu.. Nk ulas, ulas je la isu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak juga mencelah di dalam isu viral di saat nama sedang sendu |
|
|
|
|
|
|
|
patut la lagu tu mcm harey..lagu dia rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Patut le pun kene tunjal sbb budak pompuan tu nyanyi lagu AJ |
|
|
|
|
|
|
| |
|