CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

Kasma lupakan seketika Cub Prix, beri tumpuan di Mugello dan Sachsenring

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Kasma akan mengharungi perlumbaan GP Itali dan Jerman sekali gus terlepas aksi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia, hujung minggu ini. Foto: Ihsan SAM

KUALA LUMPUR: Promoter Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd mengumumkan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin tidak akan menyertai Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Sepang Selatan, hujung minggu ini.

Dalam satu kenyataan, SAM memberitahu Kasma yang sedang mendahului carta keseluruhan kelas CP150 memandangkan pelumba berkenaan akan mengharungi Grand Prix (GP) Itali dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia bersama pasukan Correos Prepago Yamaha VR46 Team.

Kasma bakal menggantikan pelumba pasukan berkenaan Kohta Nozane di Mugello dan juga di Sachsenring, Jerman pada 18 Jun ini.

"Saya mohon maaf kepada pasukan saya dan penyokong kerana tidak sempat berlumba di Cub Prix pada hujung minggu ini," kata Kasma dalam satu kenyataan dikeluarkan SAM. "Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan yang terbaik kepada pasukan saya dan pelumba Cub Prix di Sepang nanti. Kita jumpa lagi di pusingan kelima nanti."



Untuk rekod, Kasma ketika ini mendahului carta keseluruhan kelas perdana berkenaan dengan 51 mata dan dijadual kembali menyertai semula saingan domestik di Pusingan 5 yang bakal berlangsung di Litar Tangkak, Johor dari 8 hingga 9 Julai nanti.

Pada tahun lalu, Kasma pernah mewakili pasukan Petronas MIE Racing RW di GP Malaysia dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 daripada 29 pelumba.
https://www.bharian.com.my/sukan ... llo-dan-sachsenring
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.069477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list