CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1298|Reply: 8

"Saya Struggle Sebab Ramai Hero-Hero Baharu," Amir Baharin Sedar Diri Dah Tua, Terima Je Dapat Watak Apa-Apa

[Copy link]
Post time 7-6-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Amar Baharin terima sahajasebarang watak dalam karier lakonannya kerana menganggap setiap watak baharu adalah cabaran dan akan membuat latihan.


“Saya tidak spesifik tapi bila dapat sesebuah karya itu kalau saya rasa pernah buat jadi ia ‘makanan’ saya lah. Kalau berbeza ianya adalah satu cabaran baharu kepada saya dan cuba jayakan watak itu.


Foto: IG




“Mungkin saya akan ubah cara penampilan saya atau gaya saya. Saya akan buat latihan sendiri.


“Selagi kita tak buat, kita tak tahu sejauh mana kebolehan. Saya sahut sahaja cabaran apa-apa karakter yang lain daripada yang biasa saya terima,” katanya kepada XTRA.




  



Tambah Amar, dia yang sering menjayakan watak hero itu berpendapat setiap penonton mempunyai pilihan dan cita rasa sendiri dalam memilih karya apa yang ingin ditonton.


“Saya biasanya diberi watak hero dan selalunya watak hero itu jarang bersifat antagonis. Jadi kalau ada pihak produksi nak tawarkan saya watak antagonis, tapi saya rasa penonton tak terlalu gilakan watak tersebut.




  



“Kita ada batasnya, tak boleh nak terlalu antagonis nanti mungkin tidak melepasi piawaian Lembaga Penapisan Filem (LPF). Apa yang kita tengok sekarang ini itulah yang mereka mahukan.


“Kita buat drama ini dengan apa yang penonton mahukan, kalau tidak ia macam suka sendiri,” jelasnya.




  



Melihat ramai bakat baharu yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, Amar mengaku dirinya perlu bergelut dengan realiti tersebut.


“Sekarang ini boleh dikatakan saya agak ‘struggle’ sebab ramai hero-hero baharu. Maklumlah saya pun dah berusia. Jadi saya cuba sesuaikan diri dengan trend sekarang.




  



“Saya percaya pada rezeki, saya dah berbelas tahun berlakon, apa yang saya dapat saya beri yang terbaik, saya pun tiada gosip ataupun isu panas. Alhamdulillah rezeki saya.


“Sekarang ini mungkin drama-drama luar seperti Kdrama itu dapat tempat dekat penonton, kita pun cuba dan ikut keadaan,” luahnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 10:30 AM | Show all posts
sebab hero hero baharu apoooooooooooooo...

mostly yang produksi gampunk tv3 dan astro tu asyik ambik hanya pelakon laki kertu rhoper macam ustaz kazim elias, kucing kurap oyen dan hero2 muka berlubang jah.... mana ada ambik hero2 baru yang muda tu pun...

citer je lah chuolszzzz dah sendu nyah.. takde sape nak ambik jadi hero dah... rhoper pun macam wombat... balik2 asyik sakit jah... baik ambik jaafar on jah jadi hero... kurang2 dia belanja nasi tonggek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 02:19 PM | Show all posts
dulu laki bini mendonia x ingat yachh
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi hamirah ni ada rupa dicemarkan gene herlok anak2 dgn gene hamster.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:56 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-6-2023 03:42 PM
Rugi hamirah ni ada rupa dicemarkan gene herlok anak2 dgn gene hamster.

yesss!!!

aku nak recall muka dia cam apa tak ingat, terbaca komen uolls ni

time dia muda dulu nampak la comel+jambu jugak

la ni, hurmm....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 04:39 PM | Show all posts
mendoniaaa dulu jadi hero satu cerita ni sampai heroin tangkap lentok laaa. heroin tu tgila gila kat dia
kbai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 7-6-2023 04:39 PM
mendoniaaa dulu jadi hero satu cerita ni sampai heroin tangkap lentok laaa. heroin tu tgila gila kat ...

Izreen jering kan hahaha.. tapi izreen tu dulu sejenis senang jatuh cinta je.. jenis layan terlebih baik sikit mula la ingat org tu syok kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 7-6-2023 02:56 PM
yesss!!!

aku nak recall muka dia cam apa tak ingat, terbaca komen uolls ni

tataulaaaa tp kat mata ipls muda atau tua hamster gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 09:34 AM | Show all posts
tp amar ni baik sbb tu amira okayyy jee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.240958 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list