CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 1

Wakil Dap Gesa Tarik Balik Pingat Tun Daripada Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 6-6-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, hari ini menggesa Kerajaan Perpaduan menarik balik darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Darjah Kebesaran SMN terhad kepada 25 penerima pada satu-satu masa, tidak termasuk warga asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat dengan penyandang akan membawa gelaran Tun, manakala isterinya bergelar Toh Puan.


Gesaan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menarik balik pingat terbabit dibuat RSN Rayer (PH-Jelutong) atas dakwaan tindakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berterusan menyerang dan menghina institusi diraja.


Gambar fail - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer






"Kita lihat beliau (Dr Mahathir) melakukan Proklamasi Melayu dan mungkin akan bekerjasama dengan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang telah mengkhianati beliau, sebelum ini.


"Kedua-dua mereka ingin menghancurkan negara dan tidak mahu membenarkan Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) melaksanakan tugas menjaga kebajikan rakyat," katanya.


Rayer berkata demikian ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 buat pertama kali di Dewan Rakyat, hari ini.


Dr Mahathir pada Oktober 2003, dianugerahkan darjah kebesaran SMN Pangkat Pertama selepas melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, menggantikan Tun Hussein Onn.


Sebelum ini, bekas Pengerusi PEJUANG itu dan isterinya dilapor memulangkan Darjah dan Bintang Kebesaran Sultan Selangor, pada 7 Disember 2017.


Difahamkan Dr Mahathir memulangkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkamah Selangor (SPMS) dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) manakala Dr Siti Hasmah memulangkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan SPMS.


Dalam masa sama, Rayer merayu agar Dr Mahathir berhenti menghina dan membuat serangan berterusan terhadap institusi diraja.


"Saya minta seperti diucapkan Tambun di Istana Negara semalam (kelmarin), supaya Polis Diraja Malaysia tidak berkompromi dan mengambil tindakan terhadap Tun M (Dr Mahathir) kalau berterusan menyerang kerabat diraja," katanya.


Sementara itu, Rayer meminta Jabatan Audit melakukan audit membabitkan dakwaan dana bernilai RM207 bilion daripada Kerajaan Jepun yang dikatakan diterima Dr Mahathir, sebelum ini.


Dana berkenaan dikatakan pampasan kepada rakyat Malaysia yang terbabit dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.


"Kalau boleh audit dilakukan tentang laporan RM207 bilion dibayar Kerajaan Jepun kepada Kerajaan Malaysia ketika Tun M menjadi Perdana Menteri, sebagai pampasan kepada keluarga terkesan apabila pembinaan 'the death railway'.


"Ini kerana jumlah berkenaan amat besar. Bolehkah Jabatan Audit dan Tambun mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyiasat perkara ini.


"Adakah jumlah ini diterima ketika era pentadbiran Tun M ketika kali pertama dia menjadi Perdana Menteri? Kalau diterima, apa yang berlaku kepada dana berkenaan?" katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 08:56 AM | Show all posts
Ikuti Pelan Dagangan: Bangunkan pelan dagangan yang jelas dan berpegang padanya. Gariskan titik masuk dan keluar, strategi pengurusan risiko, dan peraturan saiz kedudukan. Dengan Amarkets, pelabur akan diajar pelan dagangan yang baik supaya mereka akan melihat segala-galanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054504 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list