CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 4

Blog Murahan Fitnah Adam Corrie Dah Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 6-6-2023 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Adam Corrie kesal difitnah sudah meninggal dunia, seperti yang ditulis dalam laporan sebuah laman blog.


Disebabkan itu Adam, 55, tidak menang tangan menerima panggilan telefon dan mesej daripada kenalan yang terkejut dengan laporan tidak benar itu.


Foto: kosmo




“Semalam ramai betul ‘tag’, mesej dan telefon untuk tanya betul ke saya sudah meninggal dunia? Ada juga kata bapa saya dan bapa mentua saya yang meninggal.


“Kalau betul (dirinya sudah meninggal dunia), tak adalah saya jawab panggilan telefon dan balas mesej,” tulisnya.


Ujar pemilik nama lengkap Adam Corrie Lee Abdullah itu lagi, mendiang bapanya sudah 14 tahun meninggal dunia, manakala bapa mentuanya pula meninggal sekitar empat tahun lalu.


Dia percaya pemilik laman blog berkenaan sengaja menyiarkan berita sebegitu atas tujuan untuk menarik perhatian pembaca selain mahu menaikkan jumlah pengikutnya.


“Saya percaya mereka yang buat berita sebegini hanya untuk meraih jumlah pembaca dan mahu naikkan pengikut mereka tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.


“Doa baik-baik untuk semua,” katanya yang turut melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas (hidup) di dunia ini.


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menarik nafas lega apabila Adam tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa berada dalam keadaan sihat.


“Allahuakhbar, berita palsu. Semoga Allah SWT berikan kesihatan kepada abang dan keluarga,” titip seorang pengikutnya.


“Alhamdulillah cuma berita palsu. Ramai peminat terus mendoakan agar abang Adam terus panjang umur bersama keluarga dan kekal bahagia sehingga ke syurga,” kata seorang lagi pengikutnya.


Bulan lalu, pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz turut terkena tempias sama apabila tular laporan sebuah blog melaporkan dirinya telah meninggal dunia.


Lebih membuatkan pelakon itu bengang apabila terpaksa berhadapan dengan fitnah yang sama sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai setahun. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2023 06:32 PM | Show all posts
yang pasti gigih yach theyols percaya blog2... baik klik link2 tu sekali supaya boleh bagi duit kat orang penyebar berita palsu tu... apooooo

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 09:22 AM | Show all posts
al fatihahh
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 09:41 AM | Show all posts
Masih hidup la.. Lebih baik takyah caya blog murahan seperti itu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:49 PM | Show all posts

in advance ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.529111 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list